Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 25, 2013

Katak Yang Kebal Undang-Undang?

Ibrahim Ali kebal daripada undang-undang?

William Mangor  | October 25, 2013
Mereka menganggap segala perbuatan beliau terhadap Sabah dan Sarawak terutama sekali menyentuh sensiviti kaum dan agama tidak dipandang berat kerajaan.






KOTA KINABALU: Sehingga kini, tiada perkembangan maklum balas mengenai laporan Polis yang dilakukan oleh seorang penduduk Sabah terhadap Presiden Perkasa, Datuk brahim Ali.
Laporan polis yang dibuat itu telah mendapat perhatian daripada orang ramai.
Tinjauan melalui media sosial rata-rata orang Sabah menganggap bekas ahli parlimen Pasir Mas itu kebal dari undang-undang dan mereka menganggap segala perbuatan beliau terhadap Sabah dan Sarawak terutama sekali menyentuh sensiviti kaum dan agama tidak dipandang berat kerajaan.
“Kena faham undang-undang di Malaysia ini terdapat ‘double standard,” kata Noventhan Langkan dalam Facebook.
Jimmy Tan pula berkata, “Ibrahim Ali itu bukan kebal undang-undang, tetapi tidak faham perundangan. Undang-undang Malaya, Sabah dan Sarawak tidak sama, itu bukan buta undang-undang tetapi gila undang-undang,”
Sementara itu, Ronaldson Miqhael pula menambah, “Beliau ini dah melampau, cara pemikirannya sangat berbahaya. Orang macam ni yang harus ditangkap kerana dia boleh menggugat keamanan dengan ideologinya.”
Dalam satu kenyataan beliau yang terbaru, Ibrahim Ali telah menyelar ulama Arab yang mengkritik Mahkamah Rayuan larangan ke atas penggunaan kalimah “Allah” oleh Kristian sebagai jahil.
Beliau juga mengatakan bahawa tidak semua orang di Timur Tengah, tempat kelahiran Islam, memahami agama dengan baik.
Kenyataan beliau disanggah oleh banyak pihak.
“Tidak mahu menghormati kepercayaan orang lain, jangan sangka untuk mendapatkan penghormatan kembali,” ujar Pammy Due
Sementara itu Raynold Thomas menambah, “Kenapa dia tidak diambil tindakan? Kes si Alvin itu sampai kena penjara?”

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa