Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 28, 2013

Perang Artis Pulakk!

Pada aku hanya kerana kurang Iman
Dan kurang kesedaran agama
Serta awalnya ibu bapa tetap salah!

Anne, betulkah pakaian yang ko pakai tu (bertudung dan berjeans ketat) menepati kehendak Islam?

Isnin Oktober 28, 2013
Abby Abadi Diselar Tuduh Umno Punca Artis Abaikan Islam
Zed berkata, Abby tidak sepatutnya mengaitkan dan menyalahkan parti politik sebagai penyebab gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air

PETALING JAYA: Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi menyelar kenyataan pelakon dan penyanyi Abby Abadi yang menuduh Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, Abby tidak sepatutnya mengaitkan dan menyalahkan parti politik sebagai penyebab gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.
"Soal agama adalah hak individu dan ia langsung tiada kena mengena dengan parti politik dan setiap umat Islam tidak kira sama ada mereka artis atau golongan biasa perlu tahu tanggungjawab kepada agama dan bukannya menuding jari kepada pihak lain.
"Politik tidak boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan ibadat ataupun tidak dan saya tidak faham mengapa politik disalahkan dalam konteks artis tidak mengamalkan ajaran agama Islam dalam ceramah yang dia sampaikan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Dalam ceramah di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah pada malam Sabtu lalu, Abby menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.
Abby mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam

Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.
Dalam pada itu, Zed Zaidi turut mempertikaikan perjuangan Abby dalam parti Pas yang dilihat tidak ikhlas dan hanya bersuara apabila berceramah untuk membantu parti tersebut ketika pilihan raya.
Jelas Zed, ceramah yang disampaikan oleh Abby hanya mencari kesalahan orang lain selain menabur fitnah sekali gus bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.
"Saya tidak faham dengan sikapnya kerana secara terang-terangan dia bukannya memperjuangkan Islam tetapi hanya untuk kepentingan politik dan jelas dia isu yang dia bangkitkan ternyata tidak masuk akal.
"Ia bersifat kebudak-budakkan dan ingin saya tanya di sini, di mana Abby ketika isu seperti penggunaan kalimah Allah hebat diperkatakan sebelum ini?
Anne memberitahu Umno sentiasa peka dan bersungguh-sungguh dalam menangani gejala maksiat yang bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi secara keseluruhan.

"Abby hanya muncul dan lantang bersuara hanya pada ceramah-ceramah untuk membantu calon pilihan raya parti itu dan bukannya memperjuangkan Islam," jelasnya.
Sementara itu, pelakon Naszriah Ngasri memberitahu sepanjang terlibat sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang dia tidak melihat parti komponen BN itu menyesatkan dunia hiburan sebaliknya parti itu sentiasa menegakkan syiar Islam dikalangan ahli-ahlinya.
Kata Naszriah atau lebih mesra dengan sapaan Anne, Umno juga sentiasa peka dan bersungguh-sungguh dalam menangani gejala maksiat yang bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi secara keseluruhan.
"Sebagai rakan artis saya menghormati kenyataan Abby dan menganggap itu kenyataan peribadinya sendiri. Pada saya dosa dan pahala tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana parti dan ia mengenai diri masing-masing dan bukan ditentukan oleh orang lain.
"Amal ibadah, pahala dan dosa adalah tanggungjawab semua umat Islam dan bukan tanggungjawab parti secara khususnya," katanya.
Tambah Anne sepanjang bergelar artis, dia belum pernah melihat pihak produksi melarang atau tidak membenarkan artis atau pun krew untuk bersolat.
"Pada waktu penggambaran kita memang ada waktu rehat sebelah tengah hari, petang dan malam cuma terpulanglah kepada artis itu mahu atau tidak untuk melakukan solat.
"Bagi saya hendak solat atau pun tidak solat itu bergantung kepada individu tersebut," katanya.

7 comments:

  1. HE!HE!HE!

    ELOKLAH ABBY TOLONG KEMPEN DI SUNGAI LIMAU. MEMANG GHUYUBLAH PAS !

    ReplyDelete
  2. Saja nak tanya, siapakah yang beria-ia sangat menjemput dan meraikan k-pop di PP dulu tu, PAS, PKR atau DAP?

    ReplyDelete
  3. oii bodo... apa yang ditanam itulah yang dituai

    ReplyDelete
  4. bila luncai parti pandi kutti sekutu apco terjun dengan labu nya ;) ABU jangan lupa !

    ReplyDelete
  5. Tengok lah rancangan Drama dan Hiburan dalam Tv masakini..?? TV malaysia ..sebagai Gambaran !!

    ReplyDelete
  6. kalau pengurus tak peduli ajaran Islam tak kan pula anak buah nak peduli sangat

    ReplyDelete
  7. Campuran bebas, aurat tak jaga adengan bertentangan dengan ajaran Allah, itu haram Zed.Dapat duit pun haram kalau yang berhijrah itu alhamdulillah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa