Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 31, 2013

Tua Nak Mampos Pun Masih Jadi Pengikut Setan!

Warga emas antara diberkas
WARTAWAN SINAR HARIAN
Suspek dikumpulkan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Besut 
di Kampung Raja untuk pemeriksaan lanjut

KAMPUNG RAJA - Seorang warga emas berusia 56 tahun merupakan salah seorang daripada 36 yang ditangkap dalam serbuan di beberapa lokasi di daerah ini yang berakhir kelmarin.

Kesemua suspek berusia 16 hingga 56 tahun itu dicekup menerusi Ops Tapis dan Cantas Khas oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, operasi yang disertai 12 pegawai dan 103 orang anggota itu menahan kesemua suspek dalam operasi yang bermula pada jam 11 malam Ahad dan berakhir 9 pagi kelmarin.

Menurutnya, kebanyakan mereka ditangkap hasil serbuan di beberapa lokasi dan rumah di sekitar daerah ini berdasarkan maklumat awam.

“Seorang daripada mereka dipercayai pengedar dadah selepas polis menjumpai sejumlah 91 biji pil kemerahan dipercayai dadah jenis methamphetamine (pil kuda) pada suspek berkenaan.

“Selain itu masing-masing seorang (dua orang) dipercayai memiliki dua paket dipercayai dadah jenis syabu dan daun ketum,” katanya.

Katanya, baki 31 orang lagi didapati positif dadah setelah ujian air kencing dilakukan ke atas mereka manakala dua orang lagi ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes curi motosikal.

“Mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut dan akan didakwa mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(12) dan 15(1) akta sama, manakala suspek kes curi motosikal disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, dalam ops khas yang sama juga, pihaknya turut melakukan empat sekatan jalan raya dan sebanyak 59 kereta, 10 motosikal dan tiga van telah diperiksa.

Seramai 124 orang telah diperiksa dan sebanyak enam saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa