Ancaman jenayah melibatkan warga asing di negara ini hanya merangkumi 10 hingga 15 peratus sahaja, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

"Jangan salahkan 100 peratus kepada pekerja asing. Pelaku-pelaku jenayah adalah daripada rakyat tempatan," katanya sambil menegaskan pihaknya memerlukan agenda yang lebih tegas bagi membendung masalah itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) berhubung kadar jenayah melibatkan pekerja asing.

Sementara itu, Zahid juga menjelaskan, jumlah pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang diberikan kepada pekerja asing sebanyak 2,116,998 juta orang.

Beliau berharap semua pihak termasuk syarikat swasta dan kerajaan dapat memberi cadangan bagi merangka pelan jangka masa panjang menyelesaikan masalah itu.

Rasuah pengambilan pekerja asing?

Menjawab soalan Fong sama ada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesan amalan rasuah dalam pengambilan pekerja asing, Zahid menegaskan beliau tidak akan berkompromi kita terdapat kakitangannya terlibat dengan amalan itu.

bangladesh foreign workers migrants 030108"Saya tidak akan berkompromi dengan perasuah, sama ada daripada pegawai KDN, imigresen atau mana-mana agensi atau individu yang mengaku daripada KDN.

Menurut Zahid lagi, KDN tidak mempunyai rekod khusus mengenai statistik pendatang asing tanpa izin (PATI) memandangkan rekod Jabatan Imigresen berdasarkan pas PLKS.

Bagaimanapun, melalui pelaksanaan Program Penyelesaian Menyeluruh Warga Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) pihaknya berkata mendaftar maklumat PATI sebanyak 1,303,126 orang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 503,161 PATI berjaya diputihkan, tambahnya lagi.