Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 28, 2013

Aikk......Nak Undur Balik Ke Belakang?

BN akan bincang sistem giliran KM Sabah

Jamilah Kamarudin  | October 28, 2013
"Jika ada suara dari kompenan BN kena bawa kepimpinan tertinggi untuk dibincang keperluan seperti itu.






KUALA LUMPUR: Sistem giliran jawatan Ketua Menteri Sabah akan diteliti semula jika wujud desakan kuat daripada ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, hasrat itu perlu dibincang secara mendalam memandangkan sistem giliran sudah dimansuhkan sejak sekian lama.
“Jika ada suara dari kompenan BN kena bawa kepimpinan tertinggi untuk dibincang keperluan seperti itu.
“Mungkin ada dorongan luar dari pihak BN ekoran tuntutan semasa dalam politik.
“Komponen BN akan lihat ada keperluan untuk dilakukan semua pemilihan itu.
“Saya juga akan berbincang dengan Umno sejauh mana keberkesananya atau tidak.
“Jika itu dikehendaki semua pihak untuk negeri Sabah kita tiada halangan,” katanya kepada FMT di lobi Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kinabatangan itu menegaskan sistem perlaksanaannya perlu dikaji secara mendalam memandangkan tempoh dua tahun amat tidak praktikal.
Katanya, prestasi Ketua Menteri tidak akan menampakkan hasil jika hanya diberikan tempoh dua tahun sahaja.
“Saya lihat kalau dua tahun macam tak begitu praktikal, seorang ketua menteri bekhidmat sekejap dan tak dapat berkhidmat secara menyeluruh,” katanya.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairing Kitingan sebelum ini dilaporkan mahu pemimpin tertinggi BN Sabah meneliti suara akar umbi bagi memastikan formula pembahagian kuasa dilaksanakan dengan adil.
Ini berikutan cadangan yang diusulkan satu jawatankuasa peringkat yang diketuai Speaker Dewan Undangan Negeri Salleh Said Keruak.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ewon Ebin berkata, perkara ini perkara ini perlu dibawa dalam perbincangan antara parti komponen BN Sabah terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.
Pemimpin dari Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) itu sebaliknya menegaskan, sistem yang ada sekarang sudah cukup memadai dan tidak ada yang perlu dipertikaikan.
“Semua orang ada permintaan atau hasrat sendiri, itu tidak ada masalah.
“Yang penting pemimpin kena duduk semeja dan berbincang, jangan terus keluarkan kenyataan tak puas hati kepada media,” katanya.
Sistem jawatan Ketua Menteri Sabah sebelum ini digilirkan untuk tiga kaum utama iaitu Bumiputra Islam, Bumiputra bukan Islam dan Cina.
Jawatan tersebut akan disandang dan digilirkan setiap dua tahun.
Bagaimanapun, sistem giliran itu dimansuhkan pada 2005 berikutan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Sabah pada pilihan raya umum 2004.
Ramai pihak berpendapat sistem penggiliran mempunyai banyak kelemahan, antaranya sistem yang tidak adil kerana calon Ketua Menteri bukan dipilih atau diundi oleh rakyat, tetapi dipilih oleh kerajaan persekutuan.
Turut baca

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa