Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 21, 2013

Kerana Cuai, Seorang Kanak-Kanak Menderita

Cuai atau 'agah'?
Adakah Bapa kanak-kanak itu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota polis itu?

Enam hari 'ajaib'
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
Ipoh: Selepas enam hari bertarung nyawa susulan peluru pistol masih tertanam di dalam kerongkong, seorang kanak-kanak lelaki, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, akhirnya selamat menjalani pembedahan, semalam.
Mohd Amar yang cedera selepas terkena peluru sesat selamat menjalani pembedahan 
mengeluarkan peluru (gambar kecil) di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
Kanak-kanak itu yang disifatkan sebagai amat bernasib baik menjalani pembedahan dilakukan sekumpulan enam doktor pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, bagi mengeluarkan sebutir peluru pistol model P99 Walther. Pembedahan lebih dua jam bagi mengeluarkan peluru tersangkut pada kerongkong Mohd Amar itu turut dibantu pakar dari Sarawak dan Pulau Pinang.
Bapa mangsa, Mohd Azizi Abdullah Halim, 48, berkata, dia bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan serta usaha keras kumpulan doktor terbabit yang bertungkus-lumus sejak Selasa lalu bagi menyelamatkan nyawa anaknya.
“Saya amat bersyukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada doktor, petugas di wad 6D (Unit Rawatan Rapi Patalogi) dan semua pihak yang tidak jemu mendoakan serta memberi semangat kepada anak lelaki saya.
“Saya hanya mampu menitiskan air mata sebaik dimaklumkan doktor berhubung kejayaan pembedahan.
“Peluru pistol automatik itu berjaya dikeluarkan dari tersangkut di bahagian kerongkong anak saya,” katanya ketika di HRPB, di sini, semalam.
Menurutnya, tempoh pembedahan itu saat paling getir kerana membuatkan dia sekeluarga tidak senang duduk.
“Amar mula dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan pada jam 8 pagi tadi (semalam). Doktor memberitahu pembedahan itu selamat dilakukan dua jam setengah kemudian.
“Mohd Amar dipindahkan semula ke wad 6D jam 1.45 petang tadi (semalam). Keadaannya kini stabil dan sudah mampu bercakap serta memanggil ibunya meminta air,” katanya, Azizi berkata, dia yakin anaknya itu seorang yang kuat dan mampu kembali sihat dalam tempoh pantas.
Sementara itu, sumber berkata, enam doktor pakar daripada pelbagai bahagian memulakan pembedahan mengeluarkan peluru itu bermula jam 10 pagi, semalam.
“Pembedahan itu mengambil masa kira-kira dua jam untuk diselesaikan. Kanak-kanak itu kini mengalami kesan bius dan masih dalam jagaan rapi.
“Bagaimanapun, Mohd Amar dilaporkan stabil dan pembedahan itu dilakukan secara kaedah teropong sambil menggunakan beberapa peralatan lain,” katanya.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, Isnin lalu, mangsa terkena tembakan peluru sesat dilepaskan seorang anggota polis di Kampung Belanja Kiri, Parit.
Insiden berlaku apabila anggota polis berpangkat sarjan yang mengosongkan pistol di tangga rumah mentuanya secara tidak sengaja tertekan picu menyebabkan peluru terkena Mohd Amar yang ketika itu sedang berjalan di jalan kampung kira-kira 40 meter dari tempat anggota polis terbabit.
# 'agah' (loghat Kelantan) sama erti dengan sombong, berlagak

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa