Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 25, 2013

Sekiranya Berlaku Kepada Kita, Sanggupkah Najib?

Presiden Filipina tidur dalam khemah
AQUINO berdiri di dalam khemah tentera di Loon, Bohol kelmarin.- AFP
LOON, Filipina - Presiden Filipina, Beningno Aquino III bermalam di dalam sebuah khemah tentera di sebuah kawasan yang teruk dilanda gempa bumi di sini.
Aquino III menyatakan kelmarin bahawa pengalamannya tidur di dalam sebuah khemah di Loon, wilayah Bohol telah membangkitkan memori remajanya semasa menjadi seorang ahli pengakap.
Aquino telah bermalam di pekan Loon yang merupakan salah satu kawasan perbandaran yang teruk dilanda gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter pada 15 Oktober lalu.
Dia berbuat demikian kerana tiada hotel terdapat di kawasan berkenaan.
Aquino telah tidur di atas sebuah katil lipat di dalam khemah tentera Filipina.
Menurutnya, keadaan sangat menyegarkan untuk bermalam di dalam khemah kerana angin sejuk bertiup memasuki khemah tersebut.
Katanya, dia terpaksa memakai sehelai jaket ketika tidur.
"Seperti orang lain di Loon, dia turut terasa kesan gegaran yang berlaku pada pukul 3 pagi waktu tempatan itu," katanya.
Bagaimanapun, presiden Filipina itu telah meredakan kebimbangan penduduk di kawasan bencana tersebut dengan mengingatkan bahawa satu gegaran sekuat 7.2 pada skala Richter akan berlaku di kawasan berkenaan.
"Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina melaporkan bahawa beberapa gegaran susulan akan berlaku untuk dua hingga tiga minggu," kata Aquino.
Dia turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan bersedia melakukan apa sahaja bagi memulihkan semula Bahol dan mengembalikan kehidupan kawasan itu kepada keadaan asal.
Aquino tiba di Bohol kelmarin untuk memantau kerja-kerja bantuan ke atas mangsa-mangsa gempa bumi. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa