Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 31, 2013

Lapangan Terbang Kota Bharu Dianak Tirikan Kerajaan Najib

Lapangan Terbang Kota Bharu tiada peruntukan?
Hazayani Zakaria31 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Tiada alasan bagi kerajaan tidak memberi peruntukan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan memandangkan ia merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), terminal penumpang dan landasan harus diperbesar kerana jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra adalah sebanyak 31 penerbangan sehari berbanding penerbangan Lapangan Terbang Kuantan sebanyak dua penerbangan sehari.

"Sedangkan di Kota Bharu sekarang ini jumlah penerbangan adalah 31 penerbangan sehari. MAS enam penerbangan, Airasia lapan penerbangan, Firefly 13 dan Malindo Air empat penerbangan.

"Tetapi kita (Kelantan) tidak dapat peruntukan untuk memanjangkan landasan walaupun Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat pengambilan balik tanah pada tahun 1980-an lagi tapi tanah yang diambil itu hanya ditanam pokok kelapa sawit sahaja menyebabkan pesawat yang besar seperti A330 300, B777 200, B747 400 tak boleh turun menyebabkan Lapangan Terbang Kota Bharu tak boleh dinaik taraf sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS juga mempersoal keengganan kerajaan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sedangkan Timbalan Menteri Pengankutan sendiri mengakui bahawa ia merupakan lapangan terbang yang kedua tersibuk di Malaysia.

"Sekarang landasan di Lapangan Terbang Kota Bharu panjangnya 2,400 meter, lebar 45 meter jadi kita nak minta Kerajaan Pusat panjangkan menjadi 3,500 meter dan lebar 60 meter bagi membolehkan pesawat yang lebih besar turun.

"Jumlah pengendalian penumpang di Kota Bharu tahun 2011 adalah 1,132,345 orang, 2012 meningkat 11 peratus menjadi 1,259,205 orang dan maksimum kapasiti 1.4 juta. Kita jangka 2013 dan 2014 Tahun Melawat Malaysia lapangan terbang jadi padat.

"Timbalan Menteri Pengangkutan sahkan bahawa Kota Bharu adalah yang kedua paling sibuk di Malaysia. Jadi tak ada alasan kenapa kerajaan tak mahu perbesar terminal dan panjangkan landasan," katanya.

Justeru beliau menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyemak semula Bajet 2014 dan memasukkan peruntukan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kerana ia turut menyumbang kepada ekonomi negara dengan kemasukan pelancong ke Kelantan.

"Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia Tony Fernandes dalam akhbar berkata aan menjadikan Lapangan Terbang Kota Bharu sebagai hub penerbangan antarabangsa yang akan menyediakan penerbangan dari Kota Bharu ke Medan, Singapore, Indochina.

"Jadi atas sebab itu saya minta supaya kerajaan khususnya perdana menteri mungkin dalam semakan bajet boleh memasukkan lapangan terbang Kota Bharu untuk dinaik taraf.

"Jangan ketepikan Kelantan kerana Kelantan diperintah oleh parti yang tak sama dengen federal. Dalam aspek pelancongan, pelancong yang datang ke Kelantan adalah pelancong yang datang ke Malaysia yang akan meningkatkan ekonomi negara," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa