Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 22, 2013

Panglima belot sertai kumpulan pro-Taliban

Kunar: Seorang panglima unit khas tentera Afghanistan berpaling tadah dan menyertai kumpulan pro-Taliban, membawa bersamanya trak Humvee penuh senjata api dan peralatan berteknologi tinggi.

Monsif Khan, yang merampas bekalan untuk pasukannya yang mengandungi 20 anggota di ibu kota wilayah Kunar, Asadabad, pada cuti Aidiladha lalu, ialah panglima pertama belot untuk menyertai Hezb-e-Islami. 


“Beliau membenarkan sebahagian anggotanya bercuti dan yang lain keluar bersiar-siar, dan melarikan diri dengan 30 senjata, alat penglihatan malam, teropong dan Humvee,” kata Gabenor Kunar, Shuja ul-Mulkh Jalala.
Beliau melarikan diri dengan 30 senjata, alat penglihatan malam, teropong dan Humvee” Shuja ul-Mulkh Jalala, Gabenor Kunar
Jurucakap Hizb-e-Islami, Zubair Sediqi, mengesahkan Khan menyertai kumpulan itu dan berkata beliau turut membawa 15 senjata dan peralatan berteknologi tinggi.

Tentera paling tadah

Pasukan tentera asing diketuai Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (NATO) bergelut dengan peningkatan serangan orang dalam oleh tentera Afghanistan yang berpaling tadah, melemahkan kepercayaan dan keberkesanan unit itu.

Ia melaporkan empat kejadian maut berlaku bulan lalu menjadikan angka keseluruhan tahun ini kepada 10. 


Kunar, seperti wilayah lain bersempadan dengan Pakistan, adalah antara paling tidak stabil di Afghanistan. Pasukan keselamatan tempatan sudah memburu Khan dan sudah berjanji untuk membantu.

“Kami mencuba yang terbaik menggunakan pengaruh ketua puak di kawasan itu untuk dapatkan semula semua peralatan,” kata Jalala.

Bilangan serangan orang dalam- kira-kira satu dalam setiap lima kematian tentera asing - tahun lalu menyebabkan NATO menggantung semua aktiviti bersama buat sementara dan mengambil langkah menyekat interaksi antara tentera asing dan tentera.

Keadaan itu mendorong penurunan bilangan kejadian tetapi sebahagian askar berkata langkah itu mengurangkan kepercayaan yang dipupuk antara sekutu itu selama lebih 12 tahun berperang. - AGENSI

1 comment:

  1. Siemka
    Zobaczył ktoś tą stronkę i powiedział coś o jej wyglądzie? [url=https://Awokado.co.pl/]strona o Awokado[/url]

    Wszędzie dobrze ale w domu najlepiej.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa