Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 27, 2013

Lagi Angkara Bashar Dan Anjing-Anjingnya!

40 korban bom kereta di Syria
Damsyik: Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh apabila dua kereta sarat dengan bom meletup di kawasan parkir di luar sebuah masjid berhampiran bandar raya ini.
Sejumlah besar jemaah turut cedera dalam kejadian di bandar Suq Wadi Barada, kata kumpulan pemerhati Hak Asasi Syria yang berpangkalan di Britain.
Suq Wadi Barada dikuasai kumpulan penentang rejim Bashar al-Assad sejak beberapa bulan lalu.
“Jumlah kematian dalam seranghan itu meningkat 40 orang termasuk tujuh kanak-kanak dan seorang wanita.
GAMBAR yang diedarkan agensi berita Syria menunjukkan mayat beberapa kumpulan penentang rejim Bashar bergelimpangan di kawasan Tasik al-Otaiba selepas mereka diserang hendap oleh tentera kerajaan, kelmarin.
“Ia dijangka meningkat kerana ramai yang cedera, kebanyakan mereka kritikal,” kata kumpulan hak asasi itu.
Rejim Bashar dan kumpulan penentang menuduh satu sama lain bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
Agensi berita Syria (SANA) berkata, laporan awal menunjukkan letupan itu dilakukan pemberontak.
“Kereta itu meletup ketika pemberontak membungkus bahan letupan,” lapor agensi berita rasmi Syria itu.
Sementara itu, kumpulan penentang mendakwa rejim Bashar bertanggungjawab menyebabkan kematian itu dengan meletakkan bom dalam dua kereta di luar masjid Osama Bin Zeid. 
“Kumpulan rejim Bashar meletupkan bom dalam dua kereta yang diletakkan di depan masjid Osama Bin Zeid,” kata jurucakap kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Beberapa serangan bom kereta meragut ratusan nyawa di negara itu sejak beberapa bulan lalu. 
Dalam kejadian lain, 24 pejuang terbunuh selepas diserang hendap oleh tentera Bashar.
Pemerhati berkata jumlah itu mungkin meningkat 40 orang. - AFP

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa