Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 23, 2013

15 keterangan saksi diambil bantu siasatan kes adik Mohd Amar

IPOH: Polis sudah ambil keterangan Mohd Amar Mohd Azizi, 10, yang cedera selepas seorang anggota polis terlepas tembakan ketika mengosongkan pistolnya dalam kejadian di Kampung Belanja Kiri, Parit, pada 14 Oktober lalu.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata keterangan diambil sebelum murid Tahun Empat itu menjalani pembedahan Ahad lalu.
"Sehingga ini, polis mengambil 15 keterangan saksi yang berada di sekitar tempat kejadian untuk membantu siasatan," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, hari ini. 
Beliau berkata, polis juga akan mengambil keterangan tambahan selepas kanak-kanak itu pulih daripada pembedahan memandangkan pada masa ini, pihak hospital tidak membenarkan pihaknya menemui kanak-kanak itu. 
Ditanya mengenai status anggota polis terbabit, beliau berkata siasatan masih dijalankan. 
"Sama ada beliau digantung tugas atau tidak, kami tidak membuat apa-apa keputusan sehingga kami melengkapkan siasatan," katanya. 
Paramasivam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 kerana menyebabkan cedera dengan senjata tanpa alasan yang sah dan Seksyen 39 akta sama kerana kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam serta Seksyen 33 (8) Kanun Keseksaan. 
Mohd Amar dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas cedera terkena tembakan ketika seorang anggota polis yang sedang mengosongkan pistol automatiknya jenis P99 Walther terlepas tembakan di hadapan sebuah rumah di Kampung Belanja Kiri, Parit. 
Kanak-kanak itu selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru pada Ahad lalu. 
Peluru itu menembusi hidung dan tersekat di kerongkong Mohd Amar pada jarak kurang satu sentimeter daripada saraf tunjang dan agak jauh daripada peti suara. 
Pada 15 Oktober, Pakar Perunding Neurosurgeri HRPB, Dr Cheang Chee Keong berkata Mohd Amar sangat bernasib baik kerana peluru itu tidak mengenai saraf tunjang atau peti suara yang boleh mengakibatkannya lumpuh dan bisu. - Bernama

1 comment:

  1. Free Yourself From Burden of Debt - Many plastic card holders are simply just
    stuck inside a rut if this comes to the usage patterns that they have because of their credit cards super real when this
    technique can be used, sellers act as the funding source and carry all or part from the mortgage loan financing.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa