Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 10, 2013

Boleh Dikatakan Majoriti Pegawai Awam Tahu Ketegasan Ambrin

“Saya berani tampil kerana tidak buat salah,” kata Ketua Audit Negara
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
OCTOBER 10, 2013
Selepas pendedahan kontroversi skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), nama Tan Sri Ambrin Buang (gambar) mula dikenali rakyat Malaysia kerana berjaya mengesan kewujudan skandal berkenaan dalam buku audit tahunan kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Program Wacana Sinar Harian hari ini bertempat di Shah Alam menampilkan Ambrin buat pertama kalinya di khalayak selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dikeluarkan bulan lalu di Parlimen. 
"Saya berani tampil hari ini kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan," kata Ambrin ketika ditanya pemberita selepas tamat program Wacana Sinar Harian bertajuk Laporan Audit Negara: Tiris atau Terlepas Pandang di Ibu Pejabat Karangkraf berkenaan.


Kehadiran Laporan Ketua Audit Negara mula dinanti rakyat Malaysia selepas pendedahan kes NFC yang mengaitkan keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan wang dana kerajaan bernilai RM250 juta."Ramai yang tidak tahu macam mana kita buat kerja. Audit ini neutral, kita bebas," kata Ambrin. 
Ambrin ketika wacana berkenaan berlangsung berkata, beliau menganggap audit umpama lagu "Kisah dan Taulada" nyanyian A. Halim, penyanyi yang terkena sekitar tahun 60-an.
"Kita audit kisah supaya jadi tauladan. Bayangkan kalau audit tak masuk, benda yang tak elok tu biar macam itu sahaja," katanya.
Beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu terburu-buru menuduh isu yang dikeluarkan dalam Laporan Audit Negara sebagai penyelewengan ataupun rasuah.
"Kalau semua 160 kes yang disiasat Audit itu mesti rasuah, itu tak adil. Kita kena hormati undang-undang," katanya, merujuk kepada 160 kes yang disiasat jabatan berkenaan berdasarkan "sampling". 
Ambrin menegaskan audit yang dilakukannya adalah berdasarkan nilai "value for monaey."
Beliau turut beberapa prosedur yang digunakan kerajaan yang mempunyai kelemahan selepas audit dijalankan, dan menggesa kerajaan meneliti prosedur tersebut untuk mengelakkan perkara sama daripada berulang.
"Prosedur kata satu hal. Kalau kita tak tukar prosedur tiap-tiap tahun perkara berulang. "Perkhidmatan awam kita dinamik," katanya.
Ambrin bersama-sama dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dijemput sebagai panel.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan dipilih sebagai moderator hari ini.
Forum yang bermula sekitar jam 2.30 petang itu berakhir 2 jam kemudian. – 10 Oktober, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa