Kalau dah Yahudi dan Nasora di bawa masuk ke rumah
Islam pula disangkutkan kat pagar di tepi laman
Kat sape lagi nak minta pertolongan?
Aku rasa rahmat Allah sudah jauh....
Carilah para sekutu laknatullah tu untuk minta bantuan!
Israel mahu rampas Ramallah
13 Oktober 2013
RAMALLAH - PALESTIN. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memberi amaran tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang berhasrat memindahkan ibu negara Palestin dari Ramallah ke Baitulmuqaddis.
Rancangan pemindahan itu pada awalnya dilakukan Amerika Syarikat (AS) selepas Parti Demokrat mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, tahun lalu.
Mahmoud berkata, rancangan itu adalah sebahagian daripada pelan perjanjian damai di mana AS bertindak menjadi orang tengah.
“Kami tidak akan berkompromi dengan kandungan perjanjian sempadan 1967 walaupun dalam perjanjian tersebut mencatatkan Ramallah sebagai ibu negara sementara,” katanya pada laporan Press TV..
Beliau menegaskan, rundingan antara Palestin dan Israel yang diaturkan itu dibuat berdasarkan perjanjian sempadan 1967 iaitu terdapat pertukaran tanah yang terhad.
“Banyak tanah penduduk Palestin diambil seperti termaktub dalam perjanjian pada 1967, tetapi bukan sehingga merampas ibu negara kami.
Sekiranya ia terjadi, ini bermakna AS bukan menjadi pendamai antara kami dan Tel Aviv sebaliknya mereka (AS) ingin melihat kehancuran rakyat Palestin,” katanya. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa