Mengapa kaum India terlibat samseng?
Hukuman berat dan akta baru tidak akan membantu membanteras samseng sepenuhnya.
KUALA LUMPUR: Pendedahan Kementerian Dalam Negeri(KDN) dan pihak polis bahawa penglibatan kaum India dalam kegiatan samseng agak mengejutkan.
Padahal, kaum India adalah etnik paling kecil berbanding Melayu dan Cina, tetapi penglibatan remaja India dalam kumpulan kongsi gelap adalah yang paling ketara.
Malah, tiga kongsi gelap India (08, 04 dan 36) diisthiyar sebagai paling ganas daripada 49 kumpulan yang paling aktif di Malaysia.
Kenapa remaja India melibatkan diri dalam kegiatan samseng dan apa yang boleh perlu untuk memperhentikan kaum ini daripada kongsi gelap.
Menurut C Sivaarrajh, Setiausaha Pemuda MIC, kerajaan perlu meghulurkan bantuan yang sepatutnya untuk membanteras kegiatan gejala sosial ini.
“Dari segi persepektif umum ada beberapa sebab cenderung menyertai kumpulan samseng.
Pertama, untuk melindungi diri bila masa diperlukan dari penindasan dan yang kedua kegairahan cepat menjadi kaya,” kata Sivarraajh.
Beliau juga bertegas bahawa hukuman berat dan akta baru tidak akan membantu membanteras samseng sepenuhnya.
Menurutnya, satu kajian menunjukkan bahawa daripada setiap 100,000 bayi lelaki India seramai 97,200 yang akan mencecah usia 25 tahun. Ini adalah angka yang rendah berbanding Cina dan Melayu di mana 98,767 dan 97,726 masing-masing.
Jurang lebih besar
Malangnya, jurang yang lebih besar pada takuk 30 tahun iaitu 95,722 orang sahaja.
Keimpulannya, jumlah lelaki India yang meninggal dunia dalam lingkungan usia antara 25-30 adalah lebih kurang 2,000.
“Ini adalah satu angka yang agak mengejutkan apatah lagi 50% daripada mereka dipercayai mati kerana terlibat dalam kegiatan yang jahat.
“Faktor- faktor sosioekonomi seperti tidak berpelajaran kerana miskin, keluarga berpendapatan rendah dorongan daripada filem Bollywood bukan yang baru kepada kalangan umum,” tambah beliau.
“Sudah banyak kajian dan forum mengenai pengelibatan remaja India dalam kegiatan tidak bermoral telah dibuat. Tetapi, ia masih berlaku. Apa sebabnya?
“Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa hukuman berat dan tembak sebelum siasat tidak akan bantu sama sekali,” kata Sivaarrajh.
Kerajaan perlu merangka satu mekanisma yang teratur untuk membanteras gejala sosial di kalangan remaja India.
Misalnya, kerajaan perlu memberi ruang kepada pelajar India di sekolah-sekolah Tamil untuk belajar kelas agama.
“Saya percaya, kepercayaan agama boleh membawa seorang insan kepada jalan yang baik. Apatah lagi kalau kita menghantar anak-anak kita ke kelas agama sejak mereka kecil maka mereka akan membesar sebagai seorang insan yang manfaat kepada diri dan negara.
“Buat masa ini, Kementerian Pelajaran masih tidak membenarkan sekolah-sekolah Tamil mengadakan kelas agama,” tambah beliau.
“Peluang dalam pendidikan tinggi, kerja kerajaan dan perniagaan mesti akan memberi impak yang baik kepada remaja India untuk menjauhkan diri daripada kongsi gelap,” kata Sivaarrajh.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa