Norish reda dengan keputusan mahkamah
4 Oktober 2013
- Norish (kanan) bersama Peguan Syarie, Datuk Amli Embong ketika keluar dari kamar mahkamah Syariah, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
SHAH ALAM - "Saya reda," kata aktres Norish Karman ketika mengulas keputusan tuntutan harta sepencarian terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abd Kadir.
Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini memutuskan Norish berhak mendapat 30 peratus daripada nilai tiga kereta mewah yang diishtiharkan sebagai harta sepencarian.
Hakim, Mohammad Adib Husain dalam keputusannya berkata, nilai kereta Nissan Murano, Nissan Elgrand dan Mercedes CLK itu haruslah mengikut kadar semasa tuntutan difailkan iaitu tahun 2009.
Bagaimanapun mahkamah menolak tuntutan Norish terhadap sebuah banglo di Bangi, kondominium Danau Permai dan Kondominium Abadi Indah serta saham di tiga syarikat dengan alasan tuntutan plaintif fasik dan rosak.
Banglow di Bangi dianggarkan bernilai RM2 juta, kondominium Danau Permai RM300,000 dan Kondominium Abadi Indah RM300,000.
Norish yang ditemui selepas prosiding berkata, beliau yakin bekas suaminya boleh mempertimbangkan sebuah rumah dan kereta untuk anaknya.
"Saya harap bekas suami boleh berurusan dengan Amli (peguambela, Datuk Amli Embong) agar tuntutan ini menjadi lebih baik daripada apa yang mahkamah tetapkan.
"Saya pasti beliau seorang bapa yang menyayangi anak-anaknya" katanya.
Menurutnya, dokumentasi yang dikemukakan oleh pihaknya lemah.
"Tidak pernah terlintas untuk mengambil setiap geran dan kereta semasa hidup bersamanya kerana perkara ini (penceraian) tidak pernah direncanakan," katanya lagi.
Beliau berkata, selepas bercerai, Norish akan berdikari dengan melakukan banyak pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.
"Saya tidak harapkan harta ini semata-mata dan hubungan dengan bekas suami baik," katanya.
Bekas suami Norish, Hashimuddin diwakili oleh Peguam Syarie, Muhammad Burok.
Norish atau nama sebenarnya, Nor'asikin Karman, 37, bernikah dengan Hashimuddin, 65, yang juga bekas Adun Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 11 Januari 1998 di Perlis.
Mereka bercerai secara rasmi pada 15 Julai 2008 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 12, Muhammad Hady Amieran, 8, dan Nur Hanyz Amanda, 7.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa