Memalukan! Projek Integriti Pilihanraya menyenaraikan Malaysia sedikit di atas Zimbabwe
Ng Kee Seng 1 Mach 2014
SEKILAS PANDANG: Projek Integriti Pilihanraya (EIP) telah menyimpulkan bahawa kemenangan Barisan Nasional pada PRU13 Mei tahun lalu berpunca amalan persempadanan pengundian tidak sekata (gerrymandering).
Ia juga menyenaraikan Malaysia pada tangga ke-66 daripada 73 negara berdasarkan sistenm demokrasi, sedikit di atas Zimbabwe.
Hasil berdasarkan kajian Universiti Sydney dan Universiti Harvard tersebut telah diterbitkan bulan ini di dalam laporan eksekutif 20 mukasurat serta laporan penuh 112 mukasurat sebagai Tahun Pilihanraya, 2013.
EIP mendapati PRU13 dilihat sebagai mempunyai nilai integriti yang rendah kerana masalah persempadanan prngundian serta peraturan pilihanraya.
Dua lagi negara ASEAN disenaraikan dengan Cambodia di tangga ke-69, manakala Filipina pula berada di tangga ke-47.
Indeks 100-mata Persepsi Integriti Pilihanraya (PEI) menunjukkan penilaian yang lebih positif. Malaysia mendapat 48.4 mata, berbanding Norway dengan 86.4 mata.
“Dari tinjauan, integriti pilihanraya di Asia Tenggara di dalam bahaya. Protes dan ketidakstabilan di Thailand, Cambodia dan Malaysia membuktikan tanggapan ini,” EIP menyatakan.
Ia mendapati Barisan Nasional mempunyai kelebihan di kawasan parlimen dengan majoriti Melayu di pedalaman sedangkan kawasan bandar dengan majoriti Cina mempunyai lebih ramai pengundi. Parlimen Putrajaya, jelasnya hanya mempunyai 15,791 pengundi berdaftar, berbanding parlimen Kapar dengan 144,159.
EIP juga mendapati Pakatan Rakyat mendapat 89 kerusi parlimen atau 40 peratus daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, tetapi memenangi 50.87 peratus undi popular di dalam sistem “first-past-the-post” (siapa sampai dulu, menang).
EIP mempersoal keabsahan kerajaan Barisan Nasional dan melihat kelebihan BN yang mengawal radio dan TV, dengan banyak akhbar mempunyai hubungan rapat dengan gabungan tersebut. Pihak oposisi hanya memiliki media atas talian.
Kelebihan BN juga dilihat di dalam akses kepada kewangan dan pakar-pakar gusar kerana kurangnya kesamarataan di dalam kempen melalui media dan pembiayaan.
Dapatan tersebut menyimpulkan, integriti pilihanraya diperkukuhkan denga amalan demokrasi dan pembangunan, dan ia dilihat di negara-negara seperti Norway, Jerman dan Belanda. Di sana, amalan demokrasi dan pengurusan pilihanraya amat baik sekali.
Norway mendapat 86.4 mata PEI, Jerman 84.1 manakala Belanda pula dengan 82.7 mata.
Amerika Syarikat di tangga tercorot di antara negara-negara barat di tangga ke-26 dengan 70.2 mata, dan pakar gusar kerana proses pemyimpangan, pembiayaan kempen dan pendaftar pengundi.
Korea Selatan di tangga ke enam dan Jepun di tanggan ke 16 dan 18, bagi dua pilihanraya yang diadakannya.
Sekali lagi, komuniti antarabangsa memandang rendah nilai integriti negara
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa