Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 1, 2014

Kerja Sial Siapa Ni?

Nak tuduh, nak fitnah biarlah cerdik
Dahlah menampakan kebodohan, dosa pula diangkut!

Aktivis hak asasi bidas gambar dakwa sesi murtad di gereja
MARCH 01, 2014
MI - LATEST UPDATE: MARCH 01, 2014 07:16 PM
Satu perbandingan gambar di laman blog Yu Ren Chung yang menunjukkan beberapa orang Islam hadir satu program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan bukan sesi memurtadkan mereka di sebuah gereja. - Gambar dari www.renchung,com.

Seorang aktivis hak asasi wanita hari ini menafikan dakwaan beberapa blog yang menerbitkan gambar umat Islam hadir di sebuah majlis rasmi di sebuah institut pendidikan Islam adalah bukti sebuah sesi memurtadkan umat Islam di sebuah gereja di Malaysia.
Yu Ren Chung, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Women’s Aid Organisation, berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial.
Katanya, gambar itu diambil pada 2012 ketika sebuah program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diadakan di dewan kuliah Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Gambar tersebut menunjukkan Yu bersama beberapa yang lain, termasuk wanita bertudung, sedang duduk di bangku kayu."Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad," katanya dalam satu kiriman blog semalam.
Acara yang berlangsung pada Februari 2012 itu membincangkan Dasar Keluarga Negara dan dihadiri penjawat awam dan aktivis NGO.
Yu berkata beberapa blog di Malaysia dan Indonesia mendakwa gambar berkenaan adalah program memurtadkan, manakala ada yang menuduh parti pembangkang berhubung gambar tersebut.
“Kasihan juga saya dengan PAS dan DAP," tulis Yu. "Bila isu murtad ditimbulkan, selalu sahaja DAP yang kena – kali ini PAS pun tak terlepas (padahal, program itu dianjurkan kerajaan BN).
“Kasihan juga saya dan rakan sekerja saya. Muka disebarkan merata-rata, tetapi kami tidak tahu pun."
Aktivis itu turut tidak menolak kemungkinan dakwaan sedemikian timbul ekoran dewan Istac yang kelihatan seakan-akan sebuah dewan gereja.
Katanya, pengguna internet boleh membuat carian sendiri bagi melihat sendiri bagaimana rekaan sebenar dewan berkenaan yang telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Beliau juga memuatnaik sebuah gambar komposit membuktikan dewan itu sebenarnya bertempat di Istac dan bukannya gereja. – 1 Mac, 2014.

2 comments:

  1. Laknat Allah dunia akhirat utk semua yg terlibat membuat fitnah ini.

    ReplyDelete
  2. memang kerja jahat bukan bodo tapi orang cerdik akan berfikir apa tindakan dari pihak berkuasa jika kisah ini benar
    pihak mana yang perintah dari 1957 sampai 2014 ?
    jangan cepat jadi bodo dek asutan ni

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa