Jumaat Februari 28, 2014
Pihak Berkuasa Swiss Mula Beku Aset Keluarga Bekas Presiden Ukraine
GENEVA: Pihak berkuasa Swiss pada Jumaat melancarkan siasatan jenayah ke atas aset bekas presiden Ukraine Viktor Yanukovych dan ahli keluarganya yang disimpan di bank negara itu.
Kerajaan Switzerland juga mengumumkan pembekuan aset itu turut meliputi akaun anak lelaki Yanukovych, Olexandr.
Sebanyak 20 akaun milik ahli politik, bekas menteri dan pegawai tinggi Ukranian turut disita untuk tujuan siasatan.
Sementara itu Kerajaan Austria mengumumkan yang mereka juga telah membekukan aset 18 warga Ukraine.
Yanukovych, 63, semalam mengumumkan yang dia telah diselamatkan oleh Persekutuan Rusia sejurus sebelum kerajaan pimpinannya ditumbangkan oleh kuasa rakyat Jumaat lalu.
Anak lelaki Yanukovych telah membuka sebuah cawangan firma pengurusan aset di Geneva pada 2011.
Olexandr, 40, adalah seorang doktor gigi dan juga ahli perniagaan dianggarkan memiliki kekayaan sebanyak AS$500 juta dalam tempoh tiga tahun yang lalu menerusi firmanya itu, demikian menurut sebuah akhbar mingguan Swiss, L'Hebdo.
Konglomeratnya dikatakan mengawal separuh daripada keluaran batu arang Ukraine dan juga sepertiga daripada pengeluaran tenaga elektrik negara itu.
Ukraine sekarang dilanda krisis politik yang terburuk dalam sejarah negara itu selepas mencapai kemerdekaan dari Kesatuan Soviet pada tahun 1991. - sumber
Hoh ho... Baru ana faham mengapa pemimpin dan bekas pemimpin yg sangat takut partinya tumbang. Mana mahu lari haa? Kita pantun dulu;
ReplyDeleteRamai menimang hantu raya,
Pemula sulung dari Kedah,
Parti tumbang jadi fobia,
Takutkan pekung akan terdedah.
Kita percaya rakyat Malaysia pun sangat inginkan dan berdoa agar perkara sama berlaku di negara ini, supaya wang bertrilion ringgit yang tersorok di serata corok dunia dapat dikembalikan kepada rakyat,tuanpunya yang hak.
ReplyDelete.. aku heran sgt kenapa negara bukan islam lbh islamik dr negara islam. Sampai bila kita hanya mmbaca berita2 mcm ni tetapi tdk brlaku sikit pun dlm negara sendiri.
ReplyDelete