Bayi mati didera pengasuh
Kuala Lumpur: Seorang bayi lelaki berusia setahun lapan bulan maut dipercayai akibat didera pengasuhnya di Jalan Buku Lima, Datuk Keramat di sini, pagi tadi.
Difahamkan, bayi berkenaan dihantar ke rumah pengasuh oleh ibu mangsa kira-kira jam 7.45 pagi dalam keadaan sihat.
Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, selepas menghantar mangsa ke rumah pengasuh, ibu mangsa pergi ke kerja seperti biasa.
Bagaimanapun, katanya, kira-kira 9.15 pagi ibu mangsa menerima panggilan daripada pengasuh yang menyatakan bayi itu dalam keadaan tenat.
"Ibu mangsa yang bergegas semula ke rumah pengasuh menerima kejutan apabila mendapati muka mangsa kebiru-biruan dan tidak sedarkan diri.
"Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan kecemasan. Bagaimanapun, pada 10.30 pagi doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, mangsa dihantar ke rumah pengasuh itu sejak tiga bulan lalu dan mangsa seorang saja yang dijaga oleh pengasuh berkenaan.
Katanya, laporan bedah siasat mendapati wujud unsur jenayah dalam punca kematian bayi berkenaan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
"Setakat ini pihak polis belum membuat sebarang tangkapan.
"Mayat bayi berkenaan sudah dibawa ke Kuala Terengganu untuk urusan pengebumian," katanya.
dulu aku ibu sekarang aku tak berbeza terasa macam babu.akan tetapi demi sayang pada cucu dari anak lelaki atau perempuan aku redha serta ikhlas mencurahkan kasih sayangku pada mereka.takut,ngeri dan na"uzubillah ku pohon lindongi cucuku dari manusia sebegini zalim.biarlah aku dulu ibu sekarang babu.
ReplyDelete