Persatuan Peguam Bela Sarawak (AAS) memutuskan merujuk dua peguam yang terlibat dalam video dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud kepada jawatankuasa siasatan.

Presidennya Khairil Azmi Mohd Hasbie berkata, AAS juga membuat laporan polis petang ini bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat kandungannya dan mengambil tindakan lanjut jika terdapat unsur jenayah.

Kedua-dua peguam itu akan disiasat kerana kemungkinan melakukan salah laku profesional bawah undang-undang dan peraturan profesyen guaman di negeri itu.

Jawatankuasa itu merupakan badan berkanun yang ditubuhkan pada 1988, yang mana anggotanya terdiri daripada peguam kanan yang dilantik hakim besar Sabah dan Sarawak.

Peguam itu Huang Lung Ong told sebelum ini mendakwa beliau diperangkap oleh organisasi aktivis antarabangsa itu dan perbualannya dengan lelaki 'pelaku' dalam video itu hanya "cakap-cakap kedai kopi".

The Malay Mail semalam melaporkan seorang lagi peguam Alvin Chong tidak dapat dihubungi untuk reaksi balasnya. Bagaimanapun di hujung video GM itu terdapat kenyataan daripada firma guamannyayang menafikan Chong bertindak sebagai jurucakap undang-undang kepada pihak terbabit.