Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 19, 2013

Janji Ditepati: Janji Dari Sape Nih?

Dari tahun 2000 lagi?
Jangan pulak berdalih yang itu adalah janji Mahathir dan bukannya janji Najib!

Mipas simpati penderitaan keluarga wira negara
B Nantha Kumar| March 19, 2013
Kerajaan Perak berjanji mahu memberi lima ekar tanah selepas sarjan R Sagadevan dibunuh pemberontak Al-Ma’unah tetapi dimungkiri.

PETALING JAYA: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) berasa amat sedih dan terkejut dengan kenyataan S Malliga, balu mendiang sarjan R Sagadevan bahawa kerajaan negeri Perak telah mungkir janji dalam isu tanah lima ekar yang dijanjinya.
Dalam satu kenyataan media hari ini,  Setiausaha Mipas, S Barathidasan berkata kerajaan Barisan Nasional tidak harus memilih bulu untuk memberi bantuan kepada balu mendiang Sagadevan serta merta.
Sagadevan merupakan anggota polis bersama Trooper Matthews Anak Medan yang telah ditawan dan didera dengan kejam dan ditembak mati semasa dalam tawanan dalam insiden berdarah kumpulan pemberontak Al-Ma’unah di Bukit Jenalik, Sauk Perak pada tahun 2000.
Ketika itu Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed telah berjanji untuk memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak Sagadevan.
Manakala Menteri Besar Perak pada ketika itu, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali pula berjanji kerajaan negeri akan memberi lima ekar tanah kepada Malliga, balu mendiang sarjan Sagadevan.
“Sudah lebih 10 tahun, balu mendiang menderita tapi malangnya kerajaan BN negeri Perak tidak begitu serius menangani isu tersebut, malahan langsung tidak mempedulikan kesengsaran nasib balu mendiang Sagadevan,’ kata Barathidasan.
“Mengapa kerajaan negeri Perak membisu dalam isu ini ? Mipas bersimpati dengan nasib yang menimpa terhadap balu mendiang, adakah ini di kata kan janji di tepati oleh kerajaan BN?” tanya beliau.
Barathidasan juga meminta kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi layanan yang sama kepada keluarga dan balu-balu perajurit yang gugur di Lahat Datu.

Malliga `ditipu’
Pada Isnin yang lalu, Malliga dalam satu temubual akhbar merakamkan rasa sedih terhadap kerajaan negeri Perak, setelah beliau ‘ditipu’ olehnya.
Menurut beliau lagi sudah berpuluh kali kena berulang-alik ke pejabat tanah negeri tapi sampai hari ini tidak ada apa-apa jaminan dan jawapan tentang lima ekar tanah daripada kerajaan negeri Perak.
Dalam pada itu, Mipas juga amat menghargai jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan kedaulatan
negara.
“Kita juga cukup prihatin dengan sokongan yang ditunjukkan oleh semua pihak terhadap perajurit negara yang telah gugur di medan perang,” katanya.
Malahan kebanyakan rakyat Malaysia mengadakan upacara sembahyang khas mengikut ajaran agama masing-masing, mendoakan keselamatan wira negara kita yang sedang berjuang menentang penceroboh.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa