Itu di sempadan Perlis
Bagaimana pula di sempadan Kelantan dan Kedah?
Di Sabah pula apa cerita?

1,139 Pati mendarat di Perlis
27 November 2013
KANGAR - Sepanjang tempoh Januari hingga semalam, seramai 1,139 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang diseludup oleh tekong masuk ke negara ini ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis.
Komander UPP Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, kebanjiran Pati yang paling ketara adalah daripada etnik Rohingya yang melarikan diri dari konflik yang berlaku di Myanmar.
Katanya, pihak UPP percaya kebanjiran Pati ke negara ini kerana ditawarkan kehidupan yang lebih baik daripada tekong selain permintaan etnik terbabit untuk menyelamatkan diri dari konflik berkenaan dan mencari kerja di sini.
“Pati ini telah membelanjakan sejumlah wang yang agak besar untuk dibayar kepada tekong bagi memasuki negara ini dan mereka sanggup menempuh perjalanan lebih seminggu dengan mengikat perut untuk sampai ke sini,” katanya kepada pemberita di Kem UPP Kuala Perlis, semalam.
Menurut Zakaria, berdasarkan modus operandi sepanjang tahun ini, kebanyakan Pati ditinggalkan tekong di kawasan semak, atas bukit atau kawasan hutan di persisiran pantai sebelum mereka dibawa ke negeri-negeri di utara semenanjung.
"Namun pergerakan mereka berjaya dipatahkan menerusi rondaan dan risikan anggota UPP termasuk maklumat dari orang awam yang melihat Pati ini keluar dari kawasan persembunyian untuk mencari makanan," katanya.
Dalam pada itu, sepanjang tempoh berkenaan, hanya dua tekong berjaya ditahan UPP iaitu seorang tekong tempatan dan seorang lagi warga Thailand.
“Pihak kami memberi amaran supaya tekong ini berhenti melakukan kegiatan penyeludupan manusia kerana hukumannya sangat berat jika disabitkan kesalahan.
“Tertuduh boleh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Pindaan) 2010 yang membawa hukuman tidak lebih 15 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya,” kata beliau.
Menurutnya, berdasarkan siasatan UPP, masih terdapat 3,000 lagi Pati yang sedang bergerak masuk ke negara ini sama ada melalui jalan darat atau jalan laut.
"Pihak UPP akan terus memantau dan mengawasi kesemua laluan tikus yang sering dibolosi Pati.
"Malah kita mohon Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat menggantikan segera pagar di kawasan sempadan dengan tembok batu supaya kemasukan mereka dapat dikawal," katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa