Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 26, 2013

Pengintipan: Memadaikah Dengan Hanya Panggil Pesuruhjaya Tinggi Minta Penjelasan Tanpa Siasatan?

Takyah cakap banyaklah Shabery
Ko nak sebut Amerika dan Singapura pun takut
Itulah tahap jantannya pemimpin Malaysia
Apa khabar pejabat AG?

Sebenarnya rakyat termasuk aku pun tak boleh terima dan cukup marah
Tapi rakyat akan lebih marah bila kerajaan kita hanya membantah tanpa tindakan
Rakyat merasakan kita terlalu berlembut, tidak ada keberanian dan tidak serius di dalam menangani isu yang melibatkan kedaulatan negara

Dan hari ini usul di Parlimen pun ditolak
Adakah isu itu tidak mustahak serta mendesak dan tidak perlu dibincangkan di peringkat parlimen?

Selasa November 26, 2013
Pengintipan Tidak Boleh Diterima - Ahmad Shabery
PUTRAJAYA: Pengintipan bukan satu perkara yang boleh kita terima terutama dalam kalangan negara yang dianggap sahabat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata adalah tidak wajar bagi sebuah negara untuk mengintip 'perbualan' sebuah negara sahabat atau berjiran, tidak kira sama ada ia membabitkan perkara yang sensitif atau tidak.
"Saya tidak menuduh sesiapa dalam perkara ini, Amerika Syarikat atau sebagainya... tapi secara prinsipnya, pada dasarnya tidak boleh untuk mereka berbuat demikian (mengintip)," katanya kepada pemberita di sini Selasa.
Beliau berkata demikian semasa dirujuk mengenai laporan sebuah portal berita baru-baru ini mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, yang mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.
Pada Isnin, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata kerajaan sangat bimbang mengenai laporan dakwaan pengintipan oleh beberapa negara terhadap Malaysia dan pihaknya akan memanggil pesuruhjaya tinggi Singapura untuk mendapatkian penjelasan berhubung dakwaan itu. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa