Kat sini pemimpin mencuri berjuta-juta duit rakyat pun tak rasa malu!
Polis ‘berdosa’ tembak diri sendiri
Jakarta: Seorang anggota polis ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di dadanya dipercayai akibat membunuh diri.
Bambang Setiawan dipercayai mengambil tindakan itu kerana dihantui perasaan bersalah selepas mencuri wang jirannya.
Jurucakap polis berkata, Bambang membunuh diri menggunakan raifal automatik V-2 ketika sedang bertugas di Balai Polis Nganjuk di Jawa Timur.
“Tiada saksi kerana tujuh anggota lain yang bertugas pada malam berkenaan tiada di balai,” katanya.
Menurut jurucakap itu, Bambang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Polis Bhayangkara.
Sementara itu, Ketua Polis Indonesia Sutarman berkata, Bambang membunuh diri kerana ‘dosanya’ pada masa lalu.
“Saya menerima laporan daripada ketua polis Jawa Timur, Unggung Cahyono bahawa Bambang mencuri Rp 650,000 (RM180) daripada jirannya.
“Dia rasa bersalah dan malu hingga akhirnya membunuh diri,” katanya. - Agensi
Bukankah ada kaedah penyelesaian lain yang lebih baik tanpa prlu membunuh diri.
ReplyDelete