Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 23, 2013

Aiikk...Tuhan Pun Sakit Ka?

'Tuhan Harun' masih dirawat
KUANTAN:Pengarah Kesihatan Pahang Dr Norhizan Ismail hari ini mengesahkan ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saad, 47, sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Katanya lelaki itu dimasukkan ke wad di HTAA petang semalam.
"Buat masa ini pakar perubatan sedang memberi rawatan kepadanya, dia masih dalam pemerhatian pakar... sakit apa saya tidak dapat pastikan," katanya kepada pemberita di sini. 
Terdahulu beliau mengiringi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang berkenan melawat keluarga Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik, Ketua Bahagian Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Pahang, di kediaman Allahyarham.
Harun dilapor dimasukkan ke HTAA pada jam 2.30 petang semalam selepas mengadu sakit dan menunjukkan tanda serangan angin ahmar.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika Harun berada di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan susulan perintah tahanan reman selama seminggu bermula semalam, bagi membantu siasatan kes bunuh Ahmad Raffli. 
Abdul Aziz berkata beberapa tahanan yang berkongsi lokap dengan Harun memanggil polis selepas lelaki itu mengadu sakit dan mulutnya berbuih sebelum dia dibawa ke HTAA. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa