Tapi apa tidaknya.....
Sekali kata terhalang oleh Persekutuan, sekali kata dah bersedia, sekali kata kena berikan kefahaman kepada rakyat dulu
Dan hari ini keluar pula berita yang perlu diwujudkan Mahkamah Khas dan masih di peringkat perbincangan lagi
Kerajaan Kelantan dan berpuluh tahun bising
Bila DUN Kelantan meluluskan dan diperkenankan Baginda Sultan terus senyap
Brunei tak pun sibuk dan riuh rendah.....tup..tup...dah laksana Hudud!
Dan akhir-akhir ini baru riuh rendah pulak!
Tak cukup lagikah masa lebih 10 tahun itu?
Published: Sabtu November 16, 2013 MYT 7:10:00 PM
Kelantan Perlu Mahkamah Khas Laksana Hudud
KOTA BAHARU: Untuk melaksanakan undang-undang hudud, Kelantan perlu mewujudkan mahkamah khas bagi membicarakan kes berkaitan undang-undang itu, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Bagaimanapun kata beliau, pelaksanaannya akan mengambil masa kerana kerajaan negeri perlu meneliti pelbagai perkara terutama berkaitan aspek perundangan bagi mengelakkan pertembungan.
Beliau juga berkata setakat ini perkara itu sudah dibincangkan sebanyak empat kali oleh jawatankuasa teknikal.
"...mungkin dalam bulan Disember atau Januari tahun depan kita akan adakan perbincangan lagi membabitkan pakar perundangan dan hakim-hakim serta pengamal undang-undang tentang apa yang perlu dibuat kerajaan negeri sebagai pelaksanaan awal terhadap pelaksanaan hudud," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis sambutan penerbangan sulung syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dari Kota Kinabalu ke Kota Baharu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini, Sabtu.
Rabu lepas, Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad dilapor berkata Mahkamah Syariah Kelantan sudah mampu menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan negeri pimpinan PAS itu mahu menguatkuasakan undang-undang berkenaan.
Ini kerana kata Daud segala prasarana berkaitan pelaksanaan hudud sudah lengkap termasuk hakim untuk mengendalikan kes. - sumber
http://www.wasukalu.com/2013/11/perlaksanaan-hudud-perlu-kelulusan.html
ReplyDeleteBrunei bukan bawah kerajaan 1Mesia..
Kelantan tertakluk dbawah perlembagaaan 1Mesia.
5:50. Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?
ReplyDeleteAllah Maha mengetahui akan segala isi hati manusia.