Datuk saudara durjana
29 November 2013
KANGAR - Seorang warga emas ditahan reman selama seminggu selepas dipercayai mencabul cucu saudaranya yang berusia tujuh tahun di rumahnya di Kampung Guar Hujung Batu, Utan Aji, di sini, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, suspek yang berusia 60 tahun dipercayai pergi ke rumah nenek mangsa yang berhampiran dengan rumahnya untuk mengajaknya keluar.
Menurutnya, lelaki yang bekerja sebagai pesawah itu kononnya mahu membawa cucu saudaranya keluar membeli kuih dengan menaiki motosikal, namun dia sebaliknya membawa kanak-kanak perempuan itu ke rumahnya.
“Lelaki terbabit dipercayai mencabul mangsa di dalam rumahnya sebelum mangsa dihantar pulang dan mengadu kepada ibunya mengenai perbuatan datuk saudaranya itu.
“Pihak polis telah menahan pesawah ini di rumahnya selepas menerima laporan dari keluarga mangsa,” katanya ketika ditemui pada program kacau bubur asyura peringkat Dun Kayang Perlis, semalam.
Menurut Ismail, mangsa kemudiannya dihantar untuk pemeriksaan oleh pakar sakit puan Hospital Tuanku Fauziah dan doktor mengesahkan terdapat tanda-tanda mangsa telah dicabul.
"Lelaki terbabit ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.
Katanya, jika tertuduh didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

banyak yang tak kena dengan kehidupan manusia kini.
ReplyDeletekalau dilahirkan dalam keluarga yang tak ada didikan agama ditambah pula keadaan keliling yang banyak meriah dengan majlis maksiat maka sampai ke tua la jahil dan boleh terlibat dalam kerja maksiat
kalau ada didikan agama tidak pula ada kekuatan iman maka boleh jadi juga
Ya Allah lindungi kami dan ahli keluarga kami dari akibat perbuatan orang orang yang melakukan dosa.