Mungkin kedutaan tahu, mungkin juga tidak
Nama lagi pengintip
Di Kedutaan mereka pun kita tak tahu entah berapa ramai......
Published: Rabu November 20, 2013 MYT 8:44:00 PM
Updated: Rabu November 20, 2013 MYT 8:46:36 PM
Duta AS Tidak Tahu Menahu Adanya Ejen CIA Di Pejabat AG
Duta Besar AS ke Malaysia, Joseph Y.Yun bercakap di sidang media selepas menghadiri Dialog Pulau Pinang Dewan Perdagangan Amerika Malaysia 2013 di George Town, Rabu
GEORGE TOWN: Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y. Yun berkata beliau tidak tahu menahu mengenai kehadiran dua ejen perisik Amerika di Jabatan Peguam Negara (AG) sebagaimana didakwa.
"Saya tak ada dengar hal itu (sebarang aktiviti mengintip oleh CIA di pejabat AG). Saya kira sudah ada kenyataan jelas kerajaan anda dua hari lepas berhubung perkara itu dan saya tidak berhasrat bercakap lebih dari itu," katanya.
Yun bercakap di sidang media selepas menghadiri Dialog Pulau Pinang Dewan Perdagangan Amerika Malaysia 2013 di sini pada Rabu, yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri menafikan dakwaan tentang kehadiran dua ejen perisik Amerika di Jabatan Peguam Negara, dan berkata dakwaan seumpama itu tidak berasas.
Yun berkata Presiden AS Barack Obama telah menjelaskan bahawa AS akan mengkaji semula aktiviti semasanya dan dengan itu akan membuat keputusan tentang mengimbangi keperluan keselamatan dengan perkara-perkara privasi.
Dakwaan tentang kehadiran ejen Agensi Perisik Pusat (CIA) di Pejabat Peguam Negara itu ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan Rang Undang-undang Bekalan 2014.
Sementara itu, Yun berkata AS akan mengeluarkan nasihat perjalanan untuk warganya berikutan insiden bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Sabah.
Katanya, lebih banyak maklumat diperlukan sebelum sebarang penilaian dibuat. - sumber
Dey Macha.lu mau mengaku ka BERAK TAHI kat jlnraya.Piirahh kalu dah negara dibawah naungan Yahudi Laknatullah mana nak mengaku
ReplyDeleteSama ada mahathir tipu atau joseph tipu
ReplyDeletePercaya kat yahudi, hancur negara di buat nya.Selagi orang Islam masih percaya dengan lahanat yahudi ini selagi itu Islam tak tertegak.Siapa kah dalang apco? mereka ini lah musuh dalam selimut tangkap terus pancung baru padan walau pun jasa nya banyak tetapi tipuan rasuah lagi banyak.
ReplyDelete