Teguran Ahli Majlisnya sendiri pun tanak dengar dan pengkritik pula didenda dan dihukum
Mereka masih lagi mengamalkan pentadbiran ala 'zaman batu'

Exco anjur kempen jersi terbalik protes FAM
Exco muda Pulau Pinang mengecam penahanan dua penyokong bola sepak negara yang cuba masuk ke kawasan orang kenamaan di Stadium Shah Alam bagi menyatakan perasaan tidak puas hati kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Selasa lalu.
Dr Afif Bahardin (kiri), exco termuda PKR di negeri Pakatan Rakyat berkata, FAM sepatutnya berasa malu kerana Harimau Malaya kini berada di tangga ke-160 dalam kedudukan Federasi Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
"Saya mengecam penangkapan dua penyokong pasukan bola sepak kebangsaan oleh pihak polis di Stadium Shah Alam kerana mereka tidak harus dilayan seperti penjenayah," katanya.
Selasa lalu, dua aktivis bola sepak, termasuk pentabdir laman anti-presiden FAM Alfadli Awaludin,ditahan ketika masuk ke kawasan VIP di stadium bagi menuntut pemecatan Sultan Ahmad Shah dari tampuk FAM.
Kekecohan juga timbul setelah peminat tidak puas hati dengan kekalahan Malaysia 1-0 di tangan Qatar di Stadium itu, sehingga memaksa Pasukan simpanan persekutuan (FRU) tampil menyuraikan keadaan.
Dalam kenyataannya semalam, Afif (kiri) berkata, FAM harus mendengar rayuan peminat untuk membawa perubahan menerusi penukaran pengurusan dan mengangkat cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
"Sejak bila ia menjadi satu jenayah melarang penyokong setia meluahkan kekecewaan mereka terhadap persembahan pasukan kebangsaan yang tidak memuaskan?
"Kekalahan kepada Qatar adalah perit dan persoalannya siapa yang perlu bertanggungjawab?" katanya.
Afif juga menyeru penyokong tegar Ultras Malaya dan peminat bola sepak untuk memakai jersi Harimau Malaya terbalik sebagai tanda protes terhadap FAM.
Ia juga, menurutnya bagi menunjukkan betapa seriusnya untuk menyelamatkan maruah bola sepak negara.
Baca isu berkaitan: Tiba masanya FAM tak campuri pengurusan Liga M

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa