Zahid dan Khalid enggan ulas isu risikan Singapura
PDRM akan mengambil segala tindakan yang sepatutnya untuk menjamin keselamatan negara.
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mengulas lebih lanjut apa tindakan susulan yang akan diambil susulan pendedahan dakwaan risikan dari negara jiran Singapura ke atas Malaysia.
Dalam satu sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, Ahmad Zahid tidak mengulas panjang apabila disoal mengenai tindakan susulan yang akan diambil setelah Wisma Putra memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Ong Keng Yong untuk memberikan penjelasan semalam.
“Itu di bawah Wisma Putra,” katanya.
Ong dilaporkan bertemu dengan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashi selama 30 minit di Wisma Putra.
Sementara itu Khalid berkata beliau enggan mengulas mengenai isu ini namun menegaskan pihaknya akan mengambil segala tindakan yang sepatutnya untuk menjamin keselamatan negara.
“Kita akan buat segalanya yang boleh dan patut kita lakukan,” kata beliau.
Terdahulu, Ahmad Zahid dan Khalid menyampaikan penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada 156 Pegawai dan Anggota Cawangan Khas yang terlibat dalam Ops Daulat.
Ahmad Zahid turut mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan pemberian Anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara untuk bekas pegawai dan pesara polis yang bertugas sehingga tamat tempoh darurat berkuatkuasa bermula 1 Jan tahun hadapan.
“Seramai 120 ribu bekas pegawai dan pesara polis telah mendaftar untuk menerima angugerah ini tidak termasuk dari Sabah dan Sarawak,” jelasnya.
Ini adalah kali pertama pingat seumpama ini dikeluarkan, kata Ahmad Zahid.
“Pihak Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan jemaah menteri yang meluluskan pemberian pingat ini.
“Ini pertama kali pingat ini dikeluarkan dan akan menggembirakan pihak polis dan keluarga mereka,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, balu atau anak-anak anggota polis yang berkhidmat dalam tempoh darurat boleh menjadi wakil untuk menerima pingat tersebut sekiranya anggota tersebut sudah meninggal dunia.
Isu berkaitan : 'K'jaan jangan lembik, tuntut risikan biadap dihentikan'
Isu berkaitan : 'K'jaan jangan lembik, tuntut risikan biadap dihentikan'
salam satu dunia....salam silatulrahim..salam untuk ucap maju jaya...salam aku kepada tuan empunya blog....datang aku tidak dijemput..pulang aku bila sampai waktunya...punggah aku macamni...bila menulis diri bagai dirasuk..dirasuk oleh ilmuan agung dunia...hanya kebenaran kepada sahabat dunia dan akhirat...inilah aku salam perkenalan....salam permulaan...mungkinkah jawatan zahid hamidi tersilap diatas...ampunkan aku bicara tanpa suara...pulak dah...adakah tuan masih terasa sakit dengan penyakit tuan...kita sama...kita serupa..setiap penyakit ada ubatnya....semoga berjaya
ReplyDelete