Dalam keadaan ini sentimen politik patut dibuang
Tak kiralah PAS atau UMNO
Yang patut dibantu, bantulah dia terutama kerajaan negeri di mana BN yang memerintah
Mangsa kebakaran tiada pilihan tinggal di pondok
Tak kiralah PAS atau UMNO
Yang patut dibantu, bantulah dia terutama kerajaan negeri di mana BN yang memerintah
Mangsa kebakaran tiada pilihan tinggal di pondok
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN - 019-988644 MARAN
30 November 2013
Mohd Saiful terpaksa menumpang teduh di pondok dalam ladang getah
MARAN - Mangsa kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Tiamang, Pejing dekat sini terpaksa berteduh di sebuah pondok dalam kawasan kebun getah berhampiran, setelah kediaman itu hangus sepenuhnya dalam kejadian Sabtu lalu.
Kebakaran pada jam 12.30 tengah malam itu mengakibatkan mangsa tinggal sehelai sepinggang dengan anggaran kos kerugian hampir RM50,000.
Mangsa, Mohd Saiful Badri, 24, berkata, dia yang berasal dari Felda Chini 1, Pekan mengambil keputusan untuk tinggal bersama bagi menemani neneknya di rumah itu selepas tamat persekolahan.
Menurutnya, pada malam kejadian, tiada siapa di rumah memandangkan dia turun ke Sungai Pahang untuk mengail ikan sementara neneknya, Semah Mat, 90, berada di Chini.
“Kebetulan nenek ikut ayah saya dan sudah tiga hari di Chini malah pada waktu tengah malam kebiasaan saya pergi mengail ikan.
“Saya keluar rumah satu jam sebelum kejadian dan hanya dimaklumkan rakan melalui panggilan telefon.
“Sebaik sampai, seluruh rumah sudah hangus dan tiada apa dapat diselamatkan,” katanya.
Mohd Saiful berkata, kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas kerana jiran berdekatan terdengar bunyi letupan elektrik sebelum kejadian berlaku.
Menurutnya, dia kini tiada pilihan selain tinggal di sebuah pondok di dalam kebun getah milik neneknya buat sementara waktu untuk berteduh walaupun tanpa bekalan elektrik.
“Nasib baik di kampung ini guna air bukit dan ada saluran paip di pondok yang sebelum ini dijadikan tempat simpan baja dan perkakas menoreh getah.
“Saya ada terima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berupa selimut, toto, bantal, tuala dan kain pelekat serta sumbangan jawatankuasa kampung,” katanya.
Mohd Saiful berkata, ahli keluarga lain di Chini sudah dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut, namun mereka masih menyembunyikan kejadian daripada pengetahuan neneknya.
“Kami risau nenek terkejut apabila dengar khabar sedih ini kerana kesihatan dia tidak menentu," katanya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa