Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 24, 2013

Berita Ini Melegakan Ramai Orang

PAS tidak akan khianat tahaluf siyasi, kata Majlis Syura Ulama
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
NOVEMBER 24, 2013


PAS hari ini tampil memberikan komitmen untuk tidak sesekali mengkhianati “tahaluf siyasi” atau kerjasama politik yang dibentuk bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
Setiausaha Majlis Syura Ulama itu menegaskan ketika memberi ucapan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Shah Alam sebentar tadi.
"Tahaluf siyasi akan kita kekalkan. Insya-Allah, PAS tidak akan mengkhianati rakan PR," katanya di hadapan 1,129 perwakilan muktamar kali ini.
"Kita harap-harapkan anggota faham, dan jangan berlaku perkara tidak diingini. Ada ahli PAS keluar parti untuk bersama parti lain. Ia tidak diizinkan syarak," katanya lagi.Nik Muhammad Zawawi bagaimanapun berkata garis panduan kerjasama politik itu tidak seharusnya dilanggar.

Katanya, sekiranya garis panduan yang ditetapkan Majlis Syura Ulama itu dipatuhi, sayap parti Islam berkenaan tidak sesekali akan berganjak daripada strategi berkenaan. – 24 November, 2013.

1 comment:

  1. agak-agak jadi tak bang Hassan nak pertimbang untuk masuk PAS?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa