Antara yang menjadi mangsanya yang tersohor ialah Arwah Ab. Samad Gol Ahmad yang ketika itu seorang ADUN PAS Kelantan
Tapi nampaknya senjata popular bagi orang Kelantan ini sudah diambil alih orang Pulau Pinang pula
Adakah ianya akan menjadi senjata pembunuh di samping pistol pula?
Pelanggan tetak tukang gunting
GEORGETOWN: Seorang tukang gunting rambut warga India cedera ditetak dengan sebilah kapak oleh pelanggannya, seorang lelaki tempatan dalam sebuah premis di Desa Mutiara Indah, Batu Maung, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, dalam kejadian 5.30 petang itu mangsa menggunting rambut suspek dan selepas selesai dia mendakwa rakannya akan datang membayar wang upah kepada mangsa.
"Bagaimanapun selepas menunggu selama 15 minit rakan yang dikatakan itu tidak datang sebaliknya suspek meminta wang kepada tukang gunting itu tetapi permintaannya tidak dilayan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Berang dengan jawapan tukang gunting itu, suspek mengeluarkan sebilah kapak bersaiz kecil dan menetak kepala, bahu, tangan dan belakang badan mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal. - sumber
Elok juga jika selepas ini pengusaha kedai gunting rambut dibekalkan pistol semasa bertugas
ReplyDeletebetol,3x
ReplyDeletedari spitol cadang bekalkan senapang gajah ! ABU !
ReplyDelete