Harun dah jelaskan apa yang dia kata dan aku faham
Tapi aku tak faham apa yang ada di dalam kepala dia
Dan aku faham juga apa yang dia mahukan!
Tapi aku tak faham apa yang ada di dalam kepala dia
Dan aku faham juga apa yang dia mahukan!
Harun Taib: Ulama PAS bukan gila kuasa
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib hari ini mengambil kesempatan dalam muktamar dewan itu untuk menjelaskan dakwaan ulama PAS "gila kuasa" kerana mahu mengkaji semula hubungan dalam Pakatan Rakyat.
Ketika merasmikan muktamar itu, beliau mendakwa, usul 'Multaqa' (pertemuan) Ulama PAS di Kedah September lalu telah "disalah tafsir", menyebabkan muktamar mereka hari ini berlangsung "agak panas".
"Kita bukan tamak kuasa. Kita bukan gila kuasa. Tetapi parti PAS adalah sebuah parti berteraskan Islam dan undang-undang tertinggi adalah al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qias.
"Maka dalam waqi' (realiti) hari ini siapa yang lebih faham dasar parti selain daripada ulama?
"Kita tidak memperlekeh dan merendahkan orang yang bukan daripada ulama," jelasnya.
Mengulas mengenai semakan semula kerjasama PAS dalam Pakatan, Harun menjelaskan, ia tidak bermaksud memutus atau memecahkan gabungan itu, tetapi menyemak "demi keuntungan Islam".
"Ia dikaji dari sudut setakat mana Islam dapat dilaksanakan di negeri yang kita perintah," katanya di Shah Alam hari ini.

Cakap padai, kerja tak seberapa.Jawatan tinggi mau pemikiran tertinggal 30 tahnahun.Bukan Islam diDPP pun tak ada tarbiah nak cakap tempat lain.Ini jenis yg tak faham perlembagaan Malaysia.
ReplyDeleteminta maaflah... ulamak pas pasif... kerja tak pandai... islam bukan arahan2 drp bangku kuliah tp kerjabuat yg sistematik...
ReplyDeletecuba baca usul yang diluluskan... berbeza sekali bunyinya...
ReplyDeleteBodoh dan ego macam ni pun nak mengaku ulama? Apa makna dan maksud ulama bagi dia pun kita tak tahu.... Hanya dia yang terlalu perasan. Bodoh sangatlah ahli PAS kalau orang sebegini diangkat sebagai pemimpin di zaman serba mencabar ini.
ReplyDelete"Maka dalam waqi' (realiti) hari ini siapa yang lebih faham dasar parti selain daripada ulama?" itu katanya.
ReplyDeleteAdakah hanya ulama yg lebih faham dasar parti??? Jika begitu biarlah hanya ulama SAHAJA menjadi pemimpin & ahli parti, kita yg bukan ulama masuklah parti lain, amacam....
Dalam pengetahuan saya realiti hari ini hanya ulama yg lebih faham mengenai islam dan pada masa yg sama terdapat juga ulama yg terpesong akibat kekeliruan, disebabkan faktor kelemahan sebagai manusia. Parti adalah merupakan satu wadah yg dilembagakan oleh manusia. Jadi biarlah ia diurus mengikut perlembagaannya.