Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 29, 2013

Peminat Setia Seolah Ditololkan!

Kerana ada yang keras kepala perkara yang baik menjadi kerus
Kalau tidak berdendam, isu ini pasti boleh diselesaikan dengan baik!
Bolesepak yang rugi

Isu makin parah
Oleh Wan Fakhrul Bakar

Wakil FAM mungkin tarik diri daripada Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara

Kuala Lumpur: Isu pelantikan Tan Sri Annuar Musa menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara ‘semakin parah’ kerana wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang turut dilantik kemungkinan besar menarik diri daripada menyertai jawatankuasa berkenaan.

FAM terpaksa bertindak demikian kerana penyertaannya ke dalam jawatankuasa itu dikhuatiri melanggar peraturan yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). 


juga seolah-olah mengiktiraf individu yang dikenakan tindakan penggantungan daripada aktiviti bola sepak oleh FAM. 

Menurut sumber rapat dengan AFC, penyertaan FAM dalam jawatankuasa dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah salah kerana ia turut dianggotai individu yang masih dalam penggantungan daripada aktiviti bola sepak oleh badan induk bola sepak negara itu sendiri.

Tak boleh letak

“Pada dasarnya FAM tidak boleh meletakkan wakilnya dalam jawatankuasa berkenaan.

“Jika wakil badan induk itu tidak menarik diri, FAM seolah-olah menyokong tindakan jawatankuasa berkenaan yang menyenaraikan Annuar yang masih menjalani penggantungan sehingga Oktober tahun depan,” katanya semalam. 


Beliau bagaimanapun berkata, apa pun semuanya terpulang kepada cadangan atau arahan yang akan dikemukakan Jabatan Undang-Undang AFC kepada FAM dalam beberapa hari lagi.

1 comment:

  1. Suka mengesyorkan kpd KBS tubuhkan satu pasukan bolasepak kebangsaan yang baru tanpa melibatkan FAM sama sekali. Lakukan apa yg sepatutnya dlm membentuk pasukan, berbeza dari kepompong FAM dan buktikan pasukan terbitan ini benar2 dapat mencapai kecemerlangan mutu sukan bolasepak. Hindarkan dari protokol terlampau serta sebarang unsur politik. Biarkan sahaja FAM dgn perjuangannya sendiri dan jangan sentuh apa2 isu pun. Dgn iltizam Sdr KJ pastinya membawa sinar. Ayuh bertindak dgn bijak dan segera! Jika negara ada 2 persatuan bolasepak kebangsaan, tentu semangat pengurusan dan pemain akan lebih berkobar2 (bukan berkhabar2) dan persaingan menjadi lebih sihat!
    Sekiranya kalian ada cadangan lain sila ajukan atau jika ada penambahbaikan cadangan di atas amat dialu-alukan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa