Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 24, 2013

Hubungan Mesir-Turki Meruncing Dan Menteri Syria Diserang

Ahad November 24, 2013
Mesir Usir Duta Turki
KAHERAH: Mesir mengumumkan pengusiran duta Turki ke negara ini, kemelut terbaharu hubungan diplomatik kedua negara yang bermula selepas tentera menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Julai lalu.
Keputusan Kaherah menghantar Duta Turki, Huseyin Avni Botsali kembali ke negaranya adalah sebagai reaksi kepada ucapan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan Khamis lalu yang mengkritik tindakan pihak berkuasa Mesir ke atas penyokong Mursi.
Sementara itu, Kementerian Luar Turki berkata, mereka akan mengambil tindakan serupa seperti mana yang dilakukan Mesir. - AFP
Ahad November 24, 2013
Kenderaan Menteri Syria Diserang, Pemandu Terbunuh
DAMSYIK: Kereta Menteri Hal Ehwal Perdamaian Nasional Syria, Ali Haidar diserang lelaki bersenjata yang mengakibatkan pemandunya terbunuh, namun beliau terselamat selepas tidak berada di dalam kenderaan tersebut.
"Menteri Hal Ehwal Perdamaian Nasional Syria, Ali Haidar terselamat daripada cubaan bunuh dalam kejadian di jalan Masyaf-Qadmus manakala pemandunya terbunuh,’’ lapor stesen televisyen negara ini.
Tambah laporan itu, Haidar tidak berada di dalam kenderaan semasa kejadian itu. Masyaf berada di wilayah tengah Hama manakala Qadmus berada di wilayah Tartus. - AFP

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa