Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 23, 2013

Sebenarnya PAS Tidak Begitu Fokus Untuk Menang

Perkara pertama nampak PAS pentingkan lebih banyak kerusi untuk bertanding walau pun di menyakiti kawan
Kedua Pemimpin PAS suka buka mulut pada perkara yang tidak perlu dan kekadang pada masa yang tidak sepatutnya
Ramai wakil rakyat yang tidak berapa mesra rakyat selepas menang - jarang turun padang

Masalah dalaman punca PAS hilang Kedah pada PRU13, kata perwakilan
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
NOVEMBER 23, 2013

Masalah dalaman yang semakin membarah dalam pentadbiran PAS Kedah menyebabkan parti Islam itu kehilangan negeri berkenaan kepada Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu, kata perwakilan Muktamar PAS hari ini.
Perwakilan PAS Kedah, Nasir Zakaria ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui, tanpa kawalan, pertelingkahan dalaman berkenaan turut bakal menjadi punca tewasnya PAS Kedah dalam Pilihan Raya Umum-14 akan datang.
"Kita mengakui salah satu faktor daripada kekalahan adalah faktor dalaman yang menyebabkan tumbangnya negeri Islam Kedah ini," katanya ketika berucap.
Katanya, perkara itu tidak seharusnya berulang, dan PAS Kedah perlu memuhasabah diri melalui Jawatankuasa Post Mortem."Kedah menyedari dan mengakui kekalahan PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13 baru-baru ini, supaya jangan diulangi lagi kekalahan yang menyakitkan ini," katanya ketika Muktamar Tahunan ke-59 PAS di Shah Alam.
"Sudah tentulah masalah yang dialami anak-anak tidak boleh diselesaikan oleh anak-anak. Sudah tentulah masalah ini juga perlu dileraikan oleh mak dan Ayah.
"Sudah tentulah Ayah perlu mengambil tindakan yang pants, tepat, dan adil untuk kita redakan masalah yang berlaku," tambahnya.
Beliau turut berkata, PAS dilihat sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai kemampuan membela nasib orang Melayu dan kekurangan tokoh dalam menerajui parti.
"PAS memiliki dua unsur berbanding lima ciri dimiliki Umno, ciri PAS adalah membela Islam, tetapi (dilihat) tidak membela Raja, tidak dilihat prihatin kepada rakyat, tidak dilihat mempunyai tokoh untuk masyarakat setempat dan juga PAS dilihat tidak begitu," katanya.
Justeru, beliau mengharapkan agar golongan professional dalam PAS memainkan peranan mereka menyalurkan permasalahan berkenaan ke tempat sepatutnya.
"Dan dalam masa sama, golongan professional kita perlu bertindak untuk menyampaikan masalah ini untuk disampaikan kepada saluran-saluran yang tepat dan sampai kepada pengundi-pengundi teras iaitu Melayu dan Bumiputera," katanya. - 23 November, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa