Kota Bharu: Malang buat seorang pemuda apabila cubaannya untuk melarikan kerangka besi dari sebuah tapak pembinaan di Jalan Pasir Mas-Salor, di sini, tidak berhasil sebelum dibelasah teruk oleh orang ramai yang menahannya, semalam.
Kejadian kira-kira 12 tengah hari itu menyebabkan pemuda berusia 20-an itu cedera di mata kanan selain lebam di seluruh badan.
Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Azmi, 48, berkata, pada mulanya dia tidak menyedari kehadiran pemuda terbabit di kawasan pembinaan milik majikannya itu kerana sibuk menyiapkan pintu jeriji besi.
Bagaimanapun, dia dimaklumkan seorang rakan yang ternampak tindakan pencuri terbabit yang menaiki sebuah motosikal.
SUSPEK ditahan orang ramai sebelum diserah kepada polis.
“Kami menunggang motosikal mengejar pemuda terbabit dan menyuruhnya memberhentikan motosikal, namun tidak diendahkan.
“Kami kemudian menjerit ‘pencuri’ sebelum orang ramai menghampiri.
“Dia tidak tahu besi itu milik majikan saya, malah pencuri terbabit sempat memberi alasan kononnya mahu membawa besi terbabit ke tempat lain untuk urusan kerja sebelum dibelasah orang ramai yang sudah berkumpul,” katanya.
ha ha pencuri besi yang tak seberapa tu korang belasah sampai tak cukup , pencuri juta juta korang buat tak tau je
ReplyDelete