Adakah Parlimen dan kerajaan memandang perkara kedaulatan negara sebagai isu remeh?
Speaker tolak usul kecam intipan 3 negara
Usul tergempar mengecam pengintipan tiga buah negara ke atas Malaysia yang dibentangkan Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan ia tidak perlu disegerakan untuk dibincangkan.
Usul itu yang dibentangkan menurut Peraturan Mesyuarat 18(1) bertujuan mengutuk tindakan Amerika Syarikat, Singapura dan Australia yang didakwa bekerjasama sesama mereka untuk memintas maklumat radio, telekomunikasi dan Internet negara bagi mengintip pimpinan negara.
Dakwa Shamsul, akhbar Australia Der Spiegel dan Sydney Morning Herald sendiri melaporkan terdapat risikan dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan AS dan Australia seperti didedahkan bekas kontraktor keselamatan AS, Edward Snowden.
"Yang terkini, seperti dilaporkan media Belanda iaitu NRCHandelsblad, Singapura juga didedahkan sebagai turut membantu menyediakan akses komunikasi dan menjadi rakan utama dalam kumpulan perisikan '5-Eves' yang diketuai AS bagi tujuan merakam perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur.
"Selanjutnya media Australia, Fairfax pula mendedahkan bahawa Singapura merupakan rakan kepada agensi risikan elektronik Australia iaitu "Defence Signals Directorate" untuk memintas kabel SEA-ME-WE 3 yang merupakan kabel telekomunikasi terpanjang di dunia dan diuruskan Singtel, syarikat telekomunikasi milik kerajaan Singapura.
"Sementara kita memperakui hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dan AS, Australia serta Singapura di mana asas utama kepada perhubungan ini ialah kepercayaan sesama negara, akan tetapi aktiviti pengintipan dan risikan terhadap setiap pimpinan negara ini tentunya mencabuli negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka," katanya sewaktu membacakan usul tersebut.
Menurutnya, Malaysia perlu mencontohi Brazil, Jerman dan Indonesia yang telah menzahirkan protes mereka antaranya dengan menuntut permohonan maaf serta memanggil pulang duta mereka di Australia.
"Kegagalan pihak kerajaan khususnya perdana menteri untuk mengeluarkan pendirian yang tegas akan menyebabkan tindakan biadap ini terus berlaku," katanya di dalam Dewan Rakyat.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa