Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 19, 2013

Wanita Ni Gila Ker Ape?

Wanita kahwini ‘roda Ferris’
Florida: Perkahwinan Linda Ducharme bukanlah sebuah rollercoaster, ada naik dan turun kerana wanita yang berasal dari Florida ini berkahwin dengan sebuah roda Ferris gergasi yang diberi nama Bruce.
Bagi Linda, perkahwinannya itu cinta pandang pertama.
“Jantung saya berdegup kencang apabila ke pelantar dan menikmati pusingan roda ini. Saya tidak dapat menceritakan perasaan pelik yang dirasai tapi menikmati setiap detik di atas roda itu
“Bruce kini dunia saya dan dia sentiasa saya kenang. Saya rasa sempurna bila bersama Bruce,” katanya.
Linda dan Bruce baru-baru ini memperbaharui ikatan perkahwinan mereka dan ia dirakamkan stesen televisyen Logo TV.
Linda memakai topi Roman dan pada hujung upacara itu, paderi mengikat tangannya ke palang utama roda Ferris itu.
Linda bagaimanapun bukan wanita pertama tergoda dengan struktur besi seperti itu.
Pada 2007, Erika LaBrie dilapor menyatakan hasrat untuk mengahwini Menara Eiffel. Wanita itu kini dikenali sebagai Erika Eiffel.
Erika adalah pengasas OS Internationale, pertubuhan untuk mereka yang ingin memiliki hubungan bermakna dengan objek.
Erika turut pernah dilapor tertarik dengan Tembok Berlin. - Agensi

1 comment:

  1. ambo raso ore ni tak pok laaa....dunia2 insan semakin hari semakin tak centre kedudukan otaknya...apa nak jadi!apa nak jadi!aduyaiiii....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa