'Ini pertemuan Kelantan-Pusat, bukan PAS-Umno'
Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya hari ini merupakan urusan kerajaan negeri dan Pusat dan bukannya Umno-PAS.
Exco penerangan Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebagaimana dijelaskan oleh menteri besar, ia adalah pertemuan muhibah antara ketua kerajaan negeri dengan ketua kerajaan di peringkat pusat.
"Ia bukan antara Umno dan PAS," kata Mohamed Fadzli (kanan) yang turut serta dalam lawatan itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Mohamed Fadzli juga berkata, pertemuan itu antaranya membincangkan "agenda rakyat", antaranya berhubung masalah perumah, lebuh raya, kemudahan asas dan pusat pengajian tinggi.
Perbincangan utama, menurutnya lagi, melibatkan perlaksanaan undang-undang Islam di Kelantan.
"Ia adalah pertemuan yang baik untuk faedah rakyat Kelantan," katanya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan.
"Fokusnya adalah untuk mencari kaedah bagaimana rakyat Kelantan juga dapat menikmati hak mereka walaupun diperintah oleh kerajaan yang berbeza dengan persekutuan kerana ia diperuntuk dan dibenarkan oleh oleh perlembagaan."
Sambil menyifatkan pertemuan itu mendapat respons baik daripada perdana menteri, Mohamed Fadzli juga menjelaskan, ia hasil cetusan idea Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar PAS baru-baru ini.

Kerajaan Persekutuan diminta supaya memenuhi tanggungjawab kepada Kerajaan Negeri. Tunaikan semangat penubuhan persekutuan itu.
ReplyDelete