Zaid dah keliru yang dia tu Islam ke apa
Dia lupa yang Hukum yang diturunkan Allah untuk Umat Islam lebih tinggi dari Perlembagaan Malaysia ciptaan Lord Reid yang diagungkan oleh UMNO itu
Mana lebih hipokrit di sisi Tuhanmu antara manusia yang menyatakan Hukum Allah kepada Umatnya berbanding dengan manusia yang mengaku Islam tetapi berbuat apa saja mengikut nafsunya berpandukan tafsiran otaknya tanpa merujuk kepada Nas?
Patutlah sehingga sekarang dia tidak bergelar 'Haji Zaid'!

Zaid: Pemimpin hipokrit halang Muslim berjudi
Langkah menghalang umat Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan negara ini, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.
"Melarang orang Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan. Tanggungjawab kerajaan bukan menjadikan orang Melayu lebih alim atau lebih beragama," katanya
Menulis di Twitter semalam, Zaid (kiri) juga berkata, larangan itu, sekali gus menunjukkan sikap pemimpin Islam yang hipokrit.
"Mereka berpura-pura alim dengan mencegah khalwat atau pembelian (nombor ekor) 4 digit. Saya suka membeli Sports Toto apabila hasilnya digunakan membantu sukan dan kebajikan.
"Kemudian pemimpin-pemimpin Islam memutuskan bermurah hati kepada Vincent," sindirnya.
Beliau dipercayai merujuk kepada Vincent Tan, ketua eksekutif Berjaya Corporation Berhad, yang antaranya terkenal dengan perniagaan perjudian.
Kerajaan Melaka semalam dilaporkan bercadang mewujudkan pos kawalan dan menempatkan seorang pegawai agama 24 jam di premis perjudian di negeri itu sebagai usaha mengelak umat Islam terlibat dalam kegiatan perjudian.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (kanan) berkata pegawai agama bertaraf pegawai syarak itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan, lapor Bernama.
Kerajaan Melaka juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan memberikan kuasa lebih besar kepada pihak berkuasa tempatan bagi membanteras kegiatan perjudian.
Ekoran itu, Zaid menyindir, sekiranya Melaka serius ingin memeriksa orang Islam yang berjudi, mereka harus pergi ke kasino-kasino terkenal seperti di Melbourne, Vegas atau London.
"Jangan hukum pembeli 4 digit seperti saya," katanya lagi.

Inilah spesis penganut sekular yang total dan kejayaan besar buat penjajah sebelum memberi kemerdekaan kepada negara yang dijajahnya. Andainya orang-orang seperti beliau tidak dapat dilahirkan pasti penjajah tidak akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu yang mengaku sebuah Negara Islam. Kerana itulah wujubnya Hisbulmuslimin yang akhirnya diharamkan oleh Datuk Onn dan benteng terakhir umat Islam adalah PAS dan tanpa PAS maka umat Islam masih berpegang kepada politik suku agama suku.
ReplyDeletePegawai Jaip baru je syahid, nanti ramai lagi pegawai JAIM syahid. Haramkan dan jangan keluarkan lesen U ada kuasa CM.Ni,balik2 berbilang bangsa, orang UM.. la yang kuat tikam no. Kata M<sia negara Islam?
ReplyDeleteBiar lah ia berkata-kata apa yang dia suka. Dah penghujung usia mudahan dia bertaubat. Kalau tak sempat bertaubat dia tanggung sendiri. Kaum melayu sekarang ada yang pandai dengan hujah akal dan nafsu. Arak, judi dan zina dah menjadi bala tersembunyi buat kita, tanpa kita sedari. Dalil al Quran dan al Hadith dipinggirkan.
ReplyDelete"Langkah menghalang umat Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan negara ini" penyataan Zaid memang betul disitu sebab perlembagaan negara bukan berdasarkan islam. Mana ada larangan umat islam untuk berjudi dlm perlembagaan?
ReplyDeleteKenyataan yg lain tu tak pasti pula, samada benar2 dari hatinya atau berunsur sindiran. Adakah saksi atau bukti Zaid beli 4 digit atau tuntut hadiah? Apa pula yg dimaksudkan olehnya 'pembeli 4 digit' itu? Bijak juga peguam ni menggunakan ayat. Kita janganlah mudah dan cepat buat kesimpulan. Walau apapun judi tetap haram.