Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 25, 2013

Iran Berdamai Dengan Barat, Negara Beraja Rantau Arab Ketaq Lutut!

Nampaknya mereka takut hilang tahta dengan pergaruh Iran di rantau itu nanti
Kalau kerajaan mereka disayangi rakyat apa nak ditakutkan
Lainlah pemeritahan beraja yang kuku besi dan menekan rakyat

Saudi cemas Iran berlembut
Riyadh: Penduduk Timur Tengah “tidak akan dapat tidur malam” selepas kuasa besar dunia menandatangani perjanjian dengan Iran, kata penasihat luar Arab Saudi semalam.
Pengerusi Majlis Syura Abdullah al-Askar berkata dia tidak pasti bagaimana reaksi Riyadh terhadap perjanjian berkenaan tetapi mengakui secara peribadi khuatir terhadap kesannya. 
“Saya bimbang Iran akan menyerahkan sesuatu (melalui program nuklearnya) untuk mendapatkan keuntungan politik daripada kuasa besar dunia. 
“Saya juga bimbang dengan ruang lebih luas diberi kepada Iran di Timur Tengah,” katanya.
Iran bersetuju menandatangani perjanjian mengehadkan program nuklearnya sebagai pertukaran untuk mengurangkan sekatan yang dikenakan terhadap negara itu.
Perjanjian itu disepakati sehari sebelum Hassan Rouhani menyambut hari ke-100 pentadbirannya sebagai Presiden Iran. 
Di sebalik tindakan keras Barat - terutama AS, Arab Saudi menjadi antara negara paling menonjol mahu menghukum Iran dengan lebih keras. 
Beberapa jam sebelum itu raja dari Arab Saudi, Qatar dan Kuwait bertemu untuk membincangkan isu “kepentingan bersama.” 
Abdullah berkata, dari semasa ke semasa Teheran membuktikan mereka mempunyai agenda jahat di Timur Tengah. 
Dalam keadaan begitu, kata Abdullah, tiada sesiapa di rantau berkenaan “tidak dapat tidur malam” dan menjangkakan keadaan akan berjalan dengan baik.
“Orang ramai tahu dasar dan cita-cita Iran dan negara itu akan campur tangan dalam politik banyak negara serantau,” katanya. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa