Pagi semalam saya ke kedai kopi untuk sarapan bersama isteri seperti hari minggu yang biasa. Maklumlah bila dah pencen dan sama-sama berumur lebih baik tidak menyusahkan isteri untuk menyediakan sarapan.
Pada hari-hari biasa pun kerana isteri belum pencen saya biasanya bersarapan di kedai. Kalau di rumah pun saya hanya buat scramble egg dan melahap bersama roti ajer.
Pagi tu bila saya melangkah ke dalam kedai saya disapa oleh seorang yang memang saya kenal rapat. Beliau ialah bekas Timbalan Menteri besar merangkap bekas ketua UMNO bahagian dan bergelar Dato'
Saya duduk di mejanya dan bersembang santai.
Biasalah bila duduk bersama orang politik maka tajuk sembang pun politiklah juga. Walau pun dalam keadaan santai, tapi nampaknya beliau serius.
Katanya UMNO kalah di Kelantan kerana orang Kelantan bijak memberikan undi untuk siapa yang layak dan parti mana yang boleh diharap. Nampaknya beliau cukup kecewa dengan UMNO sekarang.
Beliau kata UMNO sekarang hidup dengan bertongkatkan duit (sogok/rasuah) dan ugut atau memomokkan. Katanya bagi manusia yang tidak cedik bolehlah dipakai kaedah itu. Tapi sekarang ramai pengundi muda yang cerdik dan celik media. Berita seluruh dunia hanya berada di hujung jari saja.
Sekarang pun UMNO hidup dan berkuasa kerana Sabah dan Sarawak kerana orang-orang di sana masih terkebelakang dari segi input maklumat dan pelajaran. Bila generasi yang buta maklumat dan mudah dimakan ugut serta perpesona dengan taburan duit sudah tak ada, apa akan jadi pada UMNO?
Bila generasi tua dah pergi dan generasi muda yang cerdik dan berpelajaran menjadi pengundi, segala pengaruh tadi akan lenyap. Maknanya UMNO hanya boleh bergantung kepada kerusi dari Sabah dan Sarawak buat sementara sahaja. Sebelum orang-orang Sabah dan Sarawak maju dan dipenuhi generasi yang berpelajaran dan bijak.
Di semenanjung pun senario yang sama akan berlaku. Bila generasi lama yang totok dan tidak punyai fikiran terbuka sudah tiada dan diambil alih oleh generasi baru yang lebih berpelajaran dan terbuka, UMNO tidak akan aku dijaja lagi. Beliau memberi contoh undi popular baru-baru ini menyatakan segala. UMNO hanya mendapat sokongan orang-orang kampung yang buta maklumat dan yang masih berfikiran sempit.
Generasi tua ini tidak akan menongkat langit. Dalam masa 15 ke 20 tahun dari sekarang generasi ini sudah tiada. Generasi barulah yang akan menentukan hala tuju politik Malaysia nanti. Generasi baru ini memang sudah berpelajaran dan tentunya fikiran mereka lebih terbuka dan berpandangan jauh. Yang penting mereka pastinya lebih kritis.
PAS juga akan mengalami masalah sekirannya semua kepimpinan dimonopoli oleh golongan yang dikatakan Ulamak. PAS akan bermasalah berhadapan dengan generasi muda yang lebih cerdik prograsif.
Itulah pandangan seorang orang lama dalam UMNO dan pernah pegang jawatan penting pula yang saya faham dan titipkan di sini. Nak kata beliau kecewa kerana jawatan, beliau sudah tua dan tidak pegang dan rebut apa-apa jawatan lagi
Berita berkaitan dari portal berita
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa