7 Jun 2012
SHAH ALAM - Umno tidak pernah cuba mencetuskan provokasi yang boleh menggancam keamanan negara walaupun tewas di empat negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) empat tahun lalu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, partinya sentiasa menghormati hak dan suara rakyat.
“Kita boleh terima kenyataan, dan ini terbukti pada PRU12. Kita kalah di Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Tiada rusuhan berlaku di mana-mana negeri yang diambil Pakatan Rakyat (PR).
“Sejak sekian lama kita gagal menawan kembali Kelantan, kita tetap terima kekalahan itu dan terus berusaha lebih keras bagi memberikan keyakinan kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, turun di jalanan berdemonstrasi dan melakukan keganasan bukan cara Barisan Nasional (BN), tetapi pembangkang.

Kelmarin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan amanat baru kepada penyokong pembangkang agar mengamalkan politik bersopan santun dalam menaik dan menurunkan pemimpin, bukan dengan cara memalukan mereka.
Semalam, pimpinan PR menyatakan mereka komited untuk mengamalkan politik budiman dalam usaha mengambil-alih pemerintahan negara secara berhemah.
Mereka tidak akan mempengaruhi rakyat untuk bangkit memberontak atau bertindak ganas jika terpaksa berhadapan dengan kekalahan.
Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menyifatkan amanat terbaru Presiden Pas itu sebagai usaha menutup imej buruk Pas sebelum menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Menurutnya, amanat Abdul Hadi itu tertumpu kepada ahli Pas sahaja bukan keseluruhan Pakatan Rakyat.
“Haji Hadi sendiri takut melihat keganasan yang telah dibuat oleh anak-anak buahnya (ahli Pas) semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 yang lalu. Imej mereka telah tercemar apabila banyak bukti menunjukkan Unit Amal mereka yang merempuh sekatan polis pada perhimpunan itu.
“Sehubungan itu, beliau cuba menutup keburukan itu dengan mengeluarkan amanat sedemikian bagi mencerminkan bahawa corak kepimpinan mereka berlandaskan kesopanan,” katanya.
Mengulas dakwaan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang pimpinan tertinggi BN terlebih dahulu mencetuskan provokasi apabila mengeluarkan kenyataan-kenyataan ekstrem seperti ‘hidup mati BN’, ‘berjuang hingga ke titisan darah terakhir’ dan sebagainya. Mohd Puad berkata, apa yang diungkapkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mahupun Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu hanyalah kata-kata semangat.
“Mereka tidak perlu melihat terlalu jauh, kata-kata itu hanya perumpamaan yang menggesa jentera BN bekerja keras dalam menghadapi PRU13, tetapi bukan bertindak ganas apabila kalah.
“Kenapa hal ini perlu dibangkitkan, sedangkan parti di dalam pembangkang sendiri menggunakan kata-kata seperti itu. Sebagai contoh, Karpal Singh menyatakan langkah mayatnya dahulu sebelum melaksanakan hukum hudud,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencabar Presiden Pas supaya terlebih dahulu menasihatkan pimpinan dalam PR supaya tahu menghormati undang-undang negara.
“Menghormati undang-undang dan peraturan juga termasuk dalam kaedah sopan santun. Apakah merusuh di jalanan, memekik terlolong dan mencerca pemimpin itu termasuk dalam kaedah berpolitik yang direstui oleh pembangkang terutama Pas?
“Saya bimbang, amanat baru Haji Hadi ini akan ditertawakan oleh orang ramai kerana saranan itu kelak diumpamakan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul,” katanya.
Syed Ali berkata, perlakuan politik pemimpin pembangkang termasuk mereka yang antikerajaan sejak akhir-akhir ini amat memalukan dan bertentangan dengan tatacara kehidupan dan budaya masyarakat negara ini.
Sehubungan itu, beliau berharap, amanat baru Abdul Hadi itu bukan sekadar ungkapan kosong untuk menyedapkan telinga pengikut mereka menjelang PRU13.

mulut busuk campur dengan hati busuk ..
ReplyDelete