Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 2, 2012

Malaun Tua Ni Tak Habis-Habis Salahkan Orang!

BN masih lemah kerana Pak Lah, kata Dr M kepada Umno Johor 
Oleh Jahabar Sadiq
June 02, 2012
KUALA LUMPUR, 2 Jun — Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih lemah kerana zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menyeri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Ketua Umno Bahagian Johor dua hari lalu.
The Malaysian Insider difahamkan Dr Mahathir bertemu dengan kakitangan awam Johor dan Ketua Umno Bahagian Johor yang mana beliau turut memberikan penerangan berhubung keadaan politik dan kesediaan BN untuk pilihan raya akan datang.
Johor merupakan ibu negeri Umno yang telah diisytihar haram pada 1988 apabila Dr Mahathir pada masa itu merupakan presiden dan pengaruhnya kekal sehingga ke hari ini.
"Dr Mahathir berkata kepada ketua Umno mereka perlu bekerja keras kerana kerajaan masih lemah sebab zaman Pak Lah menjadi perdana menteri," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar).
"Beliau masih percaya Abdullah adalah punca kelemahan BN," tegas sumber.
Ini adalah kali kedua pertemuan Dr Mahathir dengan kepimpinan Umno, dengan yang pertama di Umno Kedah pada 20 Mei. Di sana, beliau menggesa parti bersatu dalam pilihan raya akan datang.
Abdullah menjadi perdana menteri paling singkat berkhidmat selepas BN tewas dua pertiga majoriti dewan dan empat negeri ketika Pilihan Raya 2008. Beliau meletak jawatan pada  April 2009 dan diganti Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat, keluar Umno pada 2008 sebagai protes terhadap kepimpinan Abdullah dan kegagalan pilihan raya 2008. Pak Lah menggantikan Dr Mahathir pada 2003 dan memenangi 91 peratus kerusi dalam pilihan raya 2004.
Turut difahamkan Abdullah akan melancarkan memoirnya turut menulis berkenaan Dr Mahathir yang membawa kepada kejatuhannya selepas menerima rating 71 peratus sebelum pilihan raya 2008.
Banyak pihak menyalahkan sumber yang lemah dan kemarahan orang ramai berhubung Hindraf dan Bersih pada November 2007.
Pengganti Pak Lah, Najib, telah berusaha untuk mengembalikan sokongan BN bermula April 2009 apabila melancarkan program transformasi ekonomi dan politik. Beliau turut menyalurkan program bantuan RM500 untuk rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 melalu pemberian wang tunai secara "one-off".
Namun, populariti Najib telah merundum jatuh dan kaji selidik mendapati beliau hilang sokongan dalam masyarakat Cina dan kelas pertengahan, di sebalik pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.
Sokongan Najib menurun kepada 65 peratus pada Mei berbanding 69 peratus pada Mac lepas, menurut penyelidik bebas, Merdeka Center.
"Peningkatan sedikit bagi kaum Melayu telah ditewaskan oleh jumlah besar negatif terhadap kaum Cina," kata Merdeka Center dalam kenyataannya.
Kaji selidik itu mendapati sokongan Najib paling lemah adalah di antara kaum Cina turun 19 kepada 37 peratus. Antara kumpulan kelas pertengahan, turun 18 peratus kepada 50 peratus. Beliau bagaimanapun popular dalam kalangan pengundi Melayu dengan peningkatan 5 peratus, kepada 79 peratus.
Pandangan pengundi terhadap kerajaan kekal, dengan penerimaan masih berada di tahap 48 peratus. Kaji selidik itu dijalankan pada 10 hingga 18 Mei terhadap 1,019 pengundi berdaftar selepas protes 28 April.

3 comments:

  1. mountdweller...

    Sehingga kini ramai yang terkeliru dengan kenyataan Tun Mahathir terhadap Tun Abdullah. Mengapa Tun Mahathir terus menerus menghina Pak Lah sedangkan Pak Lah langsung tidak berbunyi menyerang atau menangkis apa jua yang dilemparkan terhadapnya.

    Sebenarnya Tun Mahathir bukan marah sangat pada Pak Lah tapi lebih kepada Khairy Jamaluddin yang menjadi menantu pada Pak Lah. Tindakannya berupa pukul anak sindir menantu. Ketika era Pak Lah, saudara pun tahu bahawa KJ lah orang yang bertanggongjawab mencadang dan mengubah apa jua yang telah dirancangkan oleh Tun Mahathir sebelum beliau bersara.

    Disebabkan KJ bertindak dibelakang tabir maka Tun Mahathir tidak boleh menyalahkan nya secara terus melainkan menyerang Pak Lah sebagai orang yang bertanggongjawab.

    Semua rakyat tahu bahawa Pak Lah tidak ada kemampuan untuk bekerja sebagai perdana menteri. Maka KJ telah mengambil kesempatan itu bertindak mengikut selera orang muda mengakibatkan kecelaruan dan meninggalkan kesan yang amat teruk terhadap perniagan kroni Tun Mahathir khasnya dalam mengagihkan harta negara yang dirompak. Itu sebabnya setelah Pak Lah bersara, mereka bersubahat untuk menghalang kerjaya politik KJ dari terus berkembang dan cemerlang.

    ReplyDelete
  2. Abe

    Nak wat guano mugo jenih hok boleh terbang dan berjalan atah air. Ore laing semo bodo, semo 3/4, dio sore jah cerdik dlm dunio nih. Kih raso dio sore bijoklah negara kito jadi haru biru. Baso jenih keling totok.

    Yang lebih penting bukan apa yang dia kata tetapi tindakannya kembali aktif macamlah dia masih lgi Presiden UMNO BARU. Sebenar pe-ei perangai mahathir adalah gambaran atau barometer untuk mengukur keadaan UMNO BARU semasa.

    Kalu dia kuat dok merapu melebihi najib maknanya UMNO BARU tenat. Kalu dia senyap dik maknanya UMNO BARU ok.

    Kalu dia merapu sajo dale surat koba, tu tandanya UMNO BARU ada masaalah. Ado panah palo sikit. Ado selsema.

    Tapi kalau dia turun khusus dalam mana-mana program UMNO BARU pastu dok merapu dan meraban seperti kat johor nih, maknanya UMNO BARU tu tenat khususnya di johor.

    Lagu tulah pe-ei mahathir yang ambo dok perati. Dio dengan najib meme tokleh UMNO BARU/BN kaloh dan hilang kerajaan dalam PRU 13 nih. Balo besar sebesar-besar balo ore tuo kato

    bat8

    ReplyDelete
  3. orang yg bodoh je yg tak perasan kesan pentadbiran Pak Lah terhadap negara umumnya..nak pulih kembali sikit punya seksa.

    Negara..kesan pada BN, BN punya hal ler.

    Memang PAKATAN berharap Pak Lah terus terajui..kerana tu adalah peluang utk menang Putrajaya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa