Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendesak Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin supaya memberi jaminan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan mengulangi tindakan membeku pinjaman kepada siswa.
"Kenyataan tidak rasmi bahawa PTPTN telah membatalkan arahan pembekuan pinjaman kepada pelajar Unisel (Universiti Selangor) disambut dengan perasaan lega.
"(Namun) PKR akan terus mendesak menteri terbabit mengeluarkan jaminan agar tindakan kebudak-budakan oleh PTPTN di Unisel tidak akan berulang lagi," katanya dalam satu kenyataan media petang ini.
Katanya, Khaled terpaksa berbuat demikian untuk menghentikan tindakan "memangsakan pelajar Unisel" apabila perbuatan itu menimbulkan kemarahan, termasuk daripada pemimpin BN.
Malah, ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin semalam ketika menggesa supaya pembekuan itu ditamatkan turut menyifatkan langkah itu sebagai "politik buruk" dan tindakan yang salah dari segi moral.
"Iltizam kerajaan Pakatan Rakyat untuk melakukan yang termampu bagi memastikan kebajikan pelajar tidak terjejas adalah sangat bertentangan dengan sikap tiga orang menteri Umno iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Khaled Nordin dan Datuk Seri Noh Omar yang gembira dengan kesusahan pelajar demi permainan politik mereka," kata Rafizi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tiga menteri tersebut semalam yang menyokong tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada siswa berkenaan.
Dalam pada itu Rafizi juga berharap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan meneruskan usaha untuk menubuhkan dana RM30 juta bagi membantu siswa berkenaan.
Rancangan untuk menubuhkan dana berkenaan, dengan mencairkan aset 500 ekar tanah bagi membantu siswa tersebut, turut disokong timbalan presiden PKR Azmin Ali.
"Sungguhpun pembekuan PTPTN ditarik balik, saya berharap RM 30 juta yang dijanjikan Kerajaan Selangor dikekalkan demi kebaikan mahasiswa," kata Azmin di Twitter. - mk

Patut lah madey kata...yang dok ada dalam parti depa la ni..saki baki puak bangang belaka..yang pandai dan cerdik tinggai tak berapa kerat saja lagi..!
ReplyDeletebuat apa kita nak menaruh harapan pada bn/umno ni.berpuloh tahun berjanji ngan rakyat satu habuk pun tak ditunaikan.sekarang ni rakyat mesti berazam membeku lupuskan bn/umno/apco ni dari tampok kuasa.itulah yang paling wajar dan sesuai buat mereka.
ReplyDelete