Presiden Bashar al-Assad
$entry.content.caption.value
DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar al-Assad hari ini menafikan tentera kerajaan beliau terlibat dalam tragedi pembunuhan lebih 100 orang termasuk sekitar 40 kanak-kanak di Houla minggu lalu, kejadian yang mencetuskan kemarahan antarabangsa.
Bashar menyifatkan pembunuhan itu sebagai "jenayah hodoh" yang sama sekali tidak akan dilakukan oleh raksasa.
Ketika berucap di Parlimen hari ini, beliau mempersalahkan campur tangan asing, yang menurutunya mahu memecahbelahkan Syria.
"Apa yang berlaku di  Houla dan di bahagian-bahagian lain (di Syria) adalah pembunuhan kejam yang tidak akan dilakukan oleh raksana," katanya dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bansa Bersatu (PBB) menyebut mangsa dibunuh dengan jarak dekat. Saksi-saksi pula mendakwa mereka dibunuh oleh tentera awam yang prokerajaan.
Tragedi itu mencetuskan kecaman antarabangsa dengan beberapa negara menarik balik diplomat masing-masing dari Syria. - SH