Isteri kepada salah seorang tahanan ISA yang mengadakan mogok lapar di Kem Tahanan Kamunting Nunurheni@Aini Onim berkata suaminya tidak pernah mengadu dipukul ketika dalam tahanan, tetapi lain halnya ketika beliau menemui lelaki itu semalam.
Nunurheni berkata, pada pertemuan itu barulah suaminya itu, Razali Kassan menceritakan kejadian menyayat hati yang berlaku di dalam kem tersebut.
Dalam pertemuan tersebut, Razali yang dilihatnya berada dalam keadaan lemah dan pucat menceritakan betapa beliau dipukul oleh pegawai kem, kata Nunurheni.
"Dia biasanya tak mengadu macam itu. Dia tak pernah mengadu dia kena pukul ke. Dari mula ditahan, dia tak pernah cakap apa-apa. Dia cakap ISA baik, pembangkang yang burukkan ISA kata teruk.
"(Tetapi) semalam dia cakap dia dipukul. Macam mana, saya tak dapat membayangkan. Alasannya (dipukul) cuma (kerana) tak ikut arahan, menyusahkan kerana perlu hantar ke hospital dan tak makan bila diberi makan," kata Aini dengan sebak.
Razali merupakan antara tahanan yang mengadakan mogok lapar kerana masih belum dibebaskan walau ISA sedang dalam proses untuk dimansuhkan. - mk

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa