Written by Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
Bekas PM, Mahathir Mohamad merupakan seorang yang penyangak. Kelebihannya adalah menakut-nakutkan orang. Sekarang, dia semakin galak melakukannya untuk menjauhkan orang Melayu daripada kaum cina.
Apabila ditemu ramah di sebuah siaran televisyen online, Mahathir dilaporkan berkata, hanya di Malaysia sahaja kaum minoriti dibenarkan untuk menggunakan identiti mereka sendiri.
“Kaum bukan Melayu masih beruntung. Hanya di Negara ini mereka boleh mengenalpasti diri mereka melalui Negara asal…dan dibenarkan menggunakan bahasa mereka, budaya mereka dan sistem sekolah mereka,” kata Mahathir lagi.
Komen seperti ini bukanlah sesuatu yang baru. Malah, isu kegemaran Mahathir ini akan digunakan dari semasa ke semasa dan sekarang, dia akan menggunakannya ke tahap maksima.
“Itu kamu, Dr M!”
Apa yang agak berbeza untuk kali ini ialah apabila dia tiba-tiba menghairankan semua adalah apabila dia menyalahkan kenaikan polarasi antara kaum di Negara ini pada para pendidik Cina.
“Buat masa ini, orang masih bercakap tentang diri mereka sendiri, hak dan keistimewaan mereka, dan bukan sahaja tentang kaum Bumiputra. Kita mendapati rakyat masih berpecah, kita cuba untuk melakukan sesuatu tentang itu, namun ada bantahan,” tambah Mahathir.
“Para pendidik Cina telah menghalang anak mereka mendeka anak Melayu; ini adalah salah pembangkang. Jika ini bukan sikap perkauman, apa lagi?”
Ramai rakyat Malaysia akan menjawab soalannya dengan “Itu kamu, Dr M!”
Mungkin Mahathir telah lupa bahawa ada Negara lain selain Indonesia dimana orang Cinanya merupakan kaum minoriti dan terpaksa menggunakan nama Indonesia. Namun ia bukan bermakna Cina Indonesia tidak dibenarkan untuk mengamalkan cara hidup, tradisi dan kebudayaan mereka.
Begitu juga dengan Negara pelbagai bangsa seperti Singapura. Contohnya, para profesional India merupakan golongan yang agak ramai di pulau yang berbilang kaum itu dan mereka dibenarkan menggunakan nama, cara hidup, agama dan kebudayaan mereka sendiri.
Kumpulan etnik didefinisikan dalam Perlembagaan
Hanya dalam Malaysia, yang dikawal ketat oleh parti dominan Umno yang saban hari menyalak tentang kepentingan hak istimewa dan status kaum yang paling dominan- orang Melayu.
Mahathir menyimpan dendam terhadap kaum bukan Melayu dan kebudayaan mereka dan ini jelas apabila dia menolak kepelbagaian budaya dan ketidakikhlasannya pada usaha penyatuan kaum di peringkat nasional.
Seperti yang dinyatakan oleh para pemerhati setelah berdekad lamanya, semua rakyat Malaysia kecuali orang Melayu dan Orang Asli atau kaum asal adalah pendatang atau penghijarah.
Ada yang menyatakan bahawa orang Melayu adalah kaum yang direka sahaja untuk Malaysia. Apa yang peliknya, sama ada kamu adalah orang Melayu bukan ditentukan oleh genetik tetapi yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, Mahathir merupakan peranakan India tetapi dikatan sebagai Melayu kerana dia memenuhi kriteria yang digariskan dalam Perlembagaan.
Ternyata, ia bukanlah sesuatu yang baik untuk diingatkan kepada Mahathir. Ramai diantara pegawai kerajaan senior yang pernah bekerja dengannya sebelum dia menjadi PM masih bergurau tentang dia membeli ayahnya satu tiket untuk kembali ke India setelah dia naik pangkat dalam kerajaan.
Memainkan perang psikologi dengan orang Melayu dengan menakut-nakutkan mereka pada orang Cina
Kenapa Mahathir tiba-tiba memainkan isu perkauman ini? Beberapa hari yang lalu, dia mengumumkan bahawa isu kaum memainkan peranan dalam PRU ke-13 dan orang Cina akan menjadi penentu kepada kerajaan selepas PRU itu.
Kenyataannya telah menaikkan kemarahan penasihat DAP Lim Kit Siang dengan menyatakan bahawa ia tidak bertanggungjawab dan bersifat jahat. Sememangnya beberapa pemerhati juga setuju bahawa Mahathir sedang memainkan isu perkauman untuk mempengaruhi orang Melayu.
Dia mungkin menaikkan kemarahan orang Cina namun sebenarnya dia mensasarkan pada orang Melayu. Dia mahu mempengaruhi mereka.
Mahathir sedang memberitahu orang Melayu bahawa kaum Cina tidak mengenang budi dan jika Melayu tidak bersatu dan mengundi Umno, maka orang Cina akan menentukan siapa akan memerintah dan memberikan kuasa pada Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Apabila itu berlaku, orang Melayu akan kehilangan segalanya. Mereka akan menjadi hamba di Negara sendiri. Malaysia akan diperintah oleh kaum minoriti iaitu orang Cina manakala rakyat majoriti, orang Melayu akan kehilangan kuasa dan juga hak keistimewaan mereka.
Menyembunyikan korupsi yang besar
Tapi, keistimewaan apakah yang dikatakan oleh Mahathir?
Anwar sering merujuk bahawa Dasar Ekonomi Baru- alat yang dikatakan oleh Mahathir dan Umno sebagai hak keistimewaan orang Melayu tidak memberi apa-apa kelebihan pada orang Melayu biasa.
Ia hanya menjadikan pemerintah Umno lebih kaya dan inilah yang sering dinyatakan oleh Anwar dan Pakatannya.
Sememangnya ada kebenaran dalam hal ini. Lebih 90% rakyat termiskin di Negara ini adalah orang Melayu walaupun Umno telah memerintah sejak 1957 dan DEB telah dilaksanakan sejak 1971.
Ini hanya menunjukkan betapa korupnya Umno dan pemimpin tertingginya seperti Mahathir. Tanpa ketirusan dan ketelusan, situasi yang tidak effisyen ini tidak akan berlaku.
Ternyata ada bukti empirikal. Global Financial Integriti yang terkemuka telah menunjukkan laporan bahawa sejak tahun 2000, lebih daripada satu trillion ringgit dalam bentuk wang haram mengalir keluar daripada Malaysia.
Mahathir dan Najib hanya mendengus GFI apabila ia meminta mereka membantu dalam menjejaki sumber pengaliran keluar wang ini.
Tidak hairanlah, pada umur 86 tahun, Mahathir masih lagi mencanangkan isu perkauman supaya boleh mengekalkan status politiknya yang akan membenarkannya menyimpan kekayaan keluarganya serta berpaut pada kuasa.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa